FMI – IMPIAN

MOTIACTION 2.4.1
DAPAT NOMBOR 2 DALAM KELAS WALAUPUN SELALU PONTENG SEKOLAH


Kenangan manis sewaktu darjah 3 Merah, walaupun purata ponteng ke sekolah seminggu 2 hari tetapi peperiksaan akhir tahun aku boleh dapat tempat kedua. Hanya dengan markah subjek bahasa Inggeris dan jawi yang teruk tetapi subjek lain aku score. Cikgu Ti merupakan guru kelas semasa itu pun terkejut. Bukan cikgu Ti sahaja, aku sendiri pun terkejut dengan prestasi sendiri. Aku ingat lagi sepupu aku yang sekelas berkata :
“ Kau tak datang sekolah, tapi cikgu tetap bagi tepukan sebab keputusan kau” sambal mengulang dialog Cikgu Ti ketika di dalam kelas tadi
“Takpe la walau sahak tak datang kita tetap bagi tepukan sebab dia lulus periksa”
Tak silap, dalam peperiksaan aku sentiasa dapat nombor 2 atau nombor 3 di dalam kelas. kebanyakkan dalam peperiksaan ini semasa sekolah rendah, kalau subjek kesihatan dan juga sivik memang itulah bidang aku. Aku mesti ‘score’ 100% kedua-dua kertas ini . Memang bagi aku senang sangat, yelah bagi aku ikut logik akal fikiran sahaja. Tak payah baca pun takpe.
Darjah 4 aku dimasukkan ke dalam kelas 4 Kuning (kelas pandai) dan aku tidak berubah, sentiasa ponteng ke sekolah. Lagi bosan setiap hari khamis (kalau tak silap) ada kelas baca jawi. Aku tak pandai tulis dan baca jawi jadi selalu kena denda oleh guru kelas Sikgu Zaleha dan aku kena balik lewat sama dengan darjah 6. Ini juga penyebab aku selalu ponteng sekolah pada hari ada subjek jawi untuk elak kena denda.
Tapi yang pelik tu, setiap kali periksa akhir tahun walaupun subject Bahasa Inggeris dan jawi tak dapat markah bagus tapi keseluruhan Markah masih baik dan kekal di kelas kuning( pandai) sampailah darjah 6

MOTIACTION 2.4.2
‘STRESS’ DALAM KELAS, 81 HARI PONTENG SEKOLAH DARJAH 5

Waktu yang paling aku tidak suka dan tertekan ketika sekolah rendah ialah semasa aku di darjah 5. Memang stress sangat sebab darjah 5 ni , aku didudukkan dekat depan sekali dan disebelah aku ini adalah kawan perempuan. Aku sorang sahaja lelaki yang duduk sebelah perempuan, nama dia Haslinda Mokhlas. Sekarang ni dia masih menetap di Kampung Parit Baru. Darjah 5 mempunyai sekolah tambahan, setiap hari Selasa dengan hari Khamis.
Darjah 5 mempunyai peperiksaan penilaian untuk menentukan kita layak ke sekolah berasrama penuh , atau sekolah-sekolah yang hebat dan bagus. 5 subjek yang dinilai dalam penilaian ini untuk mendapatkan sekolah tersebut. Jadi, untuk menghadapi peperiksaan penilaian ni, Cikgu Sahroji merupakan cikgu yang sangat komited , dia memang kebetulan guru darjah 5 Kuning. Setiap sekolah memang mensasarkan seramai mungkin untuk dapat 5A dan kelas aku menjadi fokus utama kerana kelas budak-budak pandai.
Cikgu Sahroji menggalakkan semua murid-muridnya termasuk aku untuk membeli buku, buku tu murah sahaja, tak silap aku buku-buku setiap subjek tu hanya berharga 2-3 ringgit. Tapi aku tak beli dan memang tidak mahu beli pun sebab aku rasakan membazir.
Cikgu Sahroji mengetahui aku tidak membeli dan bertanya:
“Kenapa kau tanak beli?”
“ Aku tanak, merugikan duit mak bapak aku je” – Jawab aku kepada Cikgu Sahroji.
Dengan beraninya aku berkata begitu padahal buku tu 2 3 ringgit je. Yang sebetul-betulnya aku ni malas nak belajar, nak baca semua buku tu. Yang ada pun aku tak baca, apalagi nak beli yang baru. Memang taklah! Disebabkan malas belajar, sepanjang 1 tahun tu, aku memang tak pergi sekolah tambahan . Setiap kali tak hadir sekolah tambahan, aku di denda menulis perkataan dekat buku garis 3 oleh cikgu Sahroji.
“Saya berjanji untuk hadir ke sekolah tambahan”
Itu adalah perkataan yang perlu aku tulis. Satu kali tak datang 100 baris. Bermakna seminggu tu, 200 baris aku perlu tulis . Bayangkan dah berapa minggu aku tidak hadir. Katalah 40 minggu tu mungkin 8000 baris aku perlu tulis. Jadi disebabkan kemalasan aku, aku buat 100 200 sahaja. Di sebabkan aku tidak menjalankan denda dengan betul, Cikgu Sahroji memberi denda dalam bentuk lain seperti berjalan itik, ketuk ketampi, merangkak bawah meja 100 kali dan sampai satu tahap kerana terlalu geram aku makan penampar jepun dari Cikgu Sahroji. Cikgu-cikgu kelas lain juga ada yang masuk campur bila mendenda aku dan ini membuatkan aku sedikit geram dengan mereka kerana masuk campur hal denda aku.
Nak jadi kan cerita, kelakar pun ada bila aku teringat kembali. Salah seorg cikgu yang selalu campur tangan bila aku didenda ni bernama Zul . Beliau daripada jadi cikgu , menyambung pelajaran dan akhirnya menjadi seorang jurutera di syarikat Syabas. Satu ketika itu, aku terserempak dan sangkaan aku benar, dia masih mengingati aku mungkin kerana aku merupakan pelajar yang degil. Alhamdulillah sewaktu berjumpa, aku sudah menjadi seorang engineer terlebih dahulu daripada Cikgu Zul. Cikgu menghulurkan kad yang tertulis pekerjaan dia dan aku membalas dengan memberi kad yang turut tertulis nama perkerjaan aku.
Beliau melemparkan senyuman dan seraya terkejut sebab siapa sangka aku boleh menggenggam ijazah kejuruteraan lebih awal berbanding Cikgu Zul. Daripada peristiwa darjah 5 ni tadi, dan pelbagai peristiwa seperti rakan- rakan pun kurang suka berkawan dengan aku sebab selalu ponteng sekolah, degil, tak makan saman, tak dengar nasihat dan banyak lagi, Jadi mereka mengambil keputusan untuk menjarakkan diri dengan aku berbanding rakan-rakan yg lain. Tapi aku buat derk je, Lantakla situ.
Ada satu lagi peristiwa tentang kisah alat teropong bintang dekat almari didalam kelas terkalih dari tempat asal. Aku pun tak tau siapa yang mengalihkannya. Untuk dapatkan kepastian, Cikgu Sahroji bertanya kepada kelas, entah bagaimana seorang rakan aku ni menyebut nama aku. Cikgu Sahroji ni dengan marahnya dan tanpa usul perika terus menaikkan tangannya untuk menampar aku di pipi. Aku pula bertindak untuk menepis tangan cikgu Sahroji . Aku tepis dengan menggunakan tangan belah kiri dan tangan belah kanan automatik genggam macam nak bertumbuk.
Melihat sahaja genggaman aku, cikgu terus menampar pipi aku kiri dan kanan berdesing terus. Peristiwa itu aku ingat sampai sekarang masih segar di ingatan, tapi pada masa yang sama aku redha dan menganggap perkara itu sangat positif, didikan seorang guru pada aku untuk aku berubah menjadi lebih baik.
Secara kebetulan juga, Cikgu Sahroji berkahwin dalam keluarga yang juga mempunyai pertalian saudara dengan aku. Takdir Allah . Jadi secara tak langsung aku dengan Cikgu Sahroji bersaudara. Masa kenduri keluarga aku, dia akan berkunjung ke rumah untuk berjumpa sanak saudara. Bila terpandang sahaja wajah aku, dia ketawa terbahak-bahak.
“ Ya Allah kau ni, dulu aku ingat jadi apa ntah, rupanya jadi orang juga’’ berseloroh cikgu.
Alhamdulillah aku dapat jadi jurutera. Mungkin dia pun rasa bersyukur, rasa bangga dengan kejayaan yang aku dapat ni. Mungkin juga tidak sangka aku sampai ke tahap ini.
Minda ni fikir janji hidup aku seronok dan ada makan. Sebut tentang makan ni, makanan harian setiap pagi aku, sarapan 80% mesti berasaskan ubi kayu. Kadang-kadang ubi kayu tu direbus, dibubur dijadikan lepat ubi. Macam-macam jenis dimasaknya. Pisang tak lupa juga, sama ada pisang itu digoreng ke, direbus , dijadikan bubur, dijadikan lepat, kekadang dijadikan lempeng . Itu jelah yang ada untuk aku makan. Kalau tengahari jarang sangat makan makanan yang ada lauk ni . Kalau seminggu 2 kali ada lauk memang bagus sangatlah. Bapak aku kalau ada duit sikit dia akan beli lauk, jadi dapatlah aku merasa makan makanan best sikit.
Dalam kebanyakan masa, sebenarnya ada seorang cina nama dia Sogek. Sogek ni dia dari Bagan Parit Baru dan dia akan pergi ke kampung-kampung menjaja hasil laut menggunakan basikal tua. Jadi penduduk kampung ni bolehlah beli ikan dari Sogek. Tapi bukanlah ikan yang jenis mahal-mahal, hanya ikan biasa-biasa seperti kembung, cencaru, gelama dan lain-lain. Yang seronoknya dengan Sogek ini dia menggunakan system barter untuk memberli ikan yang di jual. Jadi boleh tukar dengan haiwan peliharaan seperti ayam atau hasil kampung seperti sayuran, kelapa atau koko. Kalau taka da benda untuk ditukar, boleh juga berhutang masuk buku 3 5 sogek ini. Biasanya hanya beli 1 kati atau 2 kati sahaja sebab taka da peti sejuk unutk simpan ikan. Jadi itu satu perkara yang bagi aku kelakar walaupun menyayat hati jugaklah disebabkan kemiskinan dan juga keadaan di kampung pada ketika itu.
Jiran aku sekampung ni kebetulan sedara, sepupu sepapat aku. Jadi bolehla hutang2 beras, pinjam beras. Beras tu kami akan kira 1 pot ke 2 pot ke. 1 pot ni kekadang kami guna tin susu.
“Pergi kejap , pergi rumah Jamilah pinjam 1 pot,2 pot” – Mak
Nilah ayat yang dikeluarkan oleh mak aku kalau nak suruh pinjam beras. Maksud 1 pot tu 1 tin gula, 2 tin gula sebegitu. An
tara jiran-jiran ni hutang beras merupakan hal biasa dan mereka hanya mengingat melalui akal fikiran je. Tiada tulis kat buku pun .
“Oh dulu kau ada hutang beras dengan aku 1 pot,2 pot,3 pot” – Jiran
Itulah ayat yang mereka akan sebut kalau nak ingatkan orang yang berhutang. Yelah masing2 hidup susah , anak ramai , makan pun selalu tak cukup . Jadi masing2 faham antara satu sama lain. Contohnya boleh pinjam beras antara jiran dan kadang-kadang siap gula pun ada!
Peristiwa ini semuanya sebenarnya memberikan aku satu iktizam kepada diri aku di masa umur aku 15 tahun untuk belajar gigih. Aku nak buktikan kat kawan-kawan aku bahawa aku sebenarnya bukanla bodoh seperti yang diorang sangka dan aku pun boleh berjaya kalau aku betul-betul fokus, betul-betul serious, sungguh-sungguh dan sanggup tempuh segala cabaran. Terbuktilah masa aku umur 15 tahun, SRP aku dapat pelajar terbaik dan itulah sebenarnya turning point paling besar dalam hidup aku sampai sekarang.
Aku, Ishak Basiran bersyukur dapat mengalami segala keperitan hidup yang mampu membuatku tersenyum lebar apabila mengimbau kembali.

“Trust On Yourself ! You Worth It ! Face and Put A Target ! “

MOTIACTION 2.4.3
NASIHAT IBU, MENGUBAH AKU JADI PELAJAR CEMERLANG.


Bermulanya perubahan besar dalam hidup aku adalah ketika aku berumur 15 tahun (tahun 1984), aku telah ditabalkan sebagai pelajar terbaik SRP (8 agregat sahaja). Kisahnya bermula ketika aku sedang membantu ibuku memetik buah koko di kebun berdekatan rumah seluas lebih kurang 3 ekar kepunyaan Haji Sarkawi (rakan bapaku).
Setelah memetik buah koko bersama ibuku, kami mengumpulkannya di satu tempat untuk membelah buah koko. Ketika ibuku sedang membelah koko dan aku mengeluarkan isinya, ibuku berpesan dan membuat permintaan yang sangat terkesan di lubuk hati aku dan membuatkan aku berazam untuk belajar bersungguh – sungguh demi mencapai impian yang ibuku inginkan. Ini kerana abang dan kakak – kakakku gagal dalam SRP dan tidak layak melanjutkan pelajaran di Tingkatan 4 mengikut syarat – syarat sekolah kerajaan.
Pesanan ibuku ketika itu sambil bergenang air mata – “Sahak(Ishak), kau belajarlah bersungguh – sungguh dan jangan jadi seperti adik – beradik kau yang lain. Aku malu dekat saudara – mara yang lain sebab anak – anak mereka lulus peperiksaan dan telah berjaya menjadi ustaz dan cikgu.” Aku membalasnya dengan berkata “ Okey mak, InshaAllah selepas ini aku akan belajar dengan bersungguh.” Ini kerana ibuku amat mengenali aku bahawa aku ini merupakan seorang yang malas belajar dan sentiasa ponteng sekolah terutama sekali hari Jumaat dek kerana aku tak suka pakai baju melayu dan samping.
Ada juga peristiwa lain yang memberi kesan terhadap diri aku. Yakni ketika mengikut sepupu aku yang bernama Miswan, seorang yang tidak bersekolah dan tidak tahu membaca pergi mengopek kelapa pada hari aku tidak bersekolah. Aku mengambil upah mengupas kelapa sekitar 200 biji sehari menggunakan peralatan yang aku bawa dalam raga basikal aku. Anggaran upahnya adalah RM 25.00 untuk 1000 biji. Berbalik kepada cerita asal, ketika aku sedang berehat di longgokan kelapa di samping Miswan yang sedang mengopek kelapa, Miswan memberitahu aku dengan nada sindiran
“ Eh Sahak, kau ni apa dah, budak – budak lain pergi sekolah belajar, yang engkau ni pergi ikut aku kopek kelapa. Alah berapa sen lah kau boleh dapat. Kau tengok aku ni, sampai sekarang tak mampu nak kahwin sebab aku tak yakin aku mampu sara hidup dengan kerja ni. Kau ada peluang belajar dekat sekolah, kau pergilah sekolah.”
Kata-kata inilah yang masih terngiang-ngiang di fikiran dan hati aku sampai sekarang.
Peristiwa seterusnya adalah ketika aku sedang menaiki lori yang membawa kelapa lebih kurang pukul 11.00 pagi, aku akan tutup diri aku dengan guni kelapa dan menampakkan sedikit sahaja kepala kerana ketika itu ramai kawan aku yang dalam perjalanan ke sekolah dan aku malu seandainya kawan – kawan aku ternampak aku bekerja kopek kelapa. Ketika itulah aku terlihat sebuah kereta Volvo berwarna biru yang pada masa itu dikira sebagai kereta yang hebat dan aku berfikir bahawa orang yang memandu kereta itu berada dalam keadaan yang selesa dan mempunyai banyak wang. Sedangkan aku yang setengah mati ni kerja kopek kelapa ini nak dapatkan RM 10.00 pun susah dalam sehari. Ketika itulah aku tersedar yang aku perlu ubah diri aku yang suka ponteng sekolah dan bergantung pada kopek kelapa sahaja, ini kerana masa hadapan aku akan hancur jika tidak diubah. Seterusnya adalah cabaran daripada seseorang pakcik yang aku gelar Wak Judi. Dia ni selalu bergurau dengan aku waktu dia nampak aku naik basikal untuk pergi mengopek kelapa dan akan gelak sambil berkata “ Engkau ni memang tak ada harapanlah nak pergi jauh, macam ni lah, kau berhenti je lah sekolah dan aku akan hadiahkan kau batang cop dan raga untuk angkut kelapa. Muka macam kau ni memang tak akan lulus dalam peperiksaan nanti.” . Bagi aku ini adalah satu cabaran yang positif dan aku terdetik untuk membuktikan dekat Wak Judi yang aku boleh berjaya dalam peperiksaan.
Peristiwa seterusnya adalah ketika bulan puasa dan aku sedang memikul buah kelapa. Jumlah kesemuanya adalah 74 biji x RM 25.00 (1000 biji ) = RM 1.85. Aku pikul sejauh lebih kurang 1 kilometer di Kampung Sg Apong dengan menaiki lori. Bila aku kira dan congak balik dengan kadar biji, upah & tenaga, memang tak berbaloi dan miskinlah aku dengan kerja kopek kelapa ni.
Banyak lagi peristiwa yang menyebabkan aku ambil keputusan untuk berubah, tapi ini adalah peristwa – peristiwa utama yang memberi kesan dekat diri aku. Sesungguhnya dari sini lah aku belajar bahawa sikap degil dan malas akan menyebabkan kita sukar untuk berjaya jika kita tidak menyusun strategi yang sesuai.
Jadi, aku membuat keputusan unutk membeli sendiri semua buku – buku SRP menggunakan duit dari hasil kerja mengupas kelapa supaya aku menjadi sayang dan menggunakan buku itu untuk belajar sungguh – sungguh dari hasil titik peluh aku sendiri. Ahamdulillah strategi aku menjadi dan menyebabkan aku menjadi sangat rajin membaca buku bersungguh – sungguh. Aku ingat lagi kali pertama aku nak belajar matematik( Ilmu Hisab) daripada buku yang aku beli yang dah siap dengan contoh kiraan, waktu aku buka buku tu aku nampak soalan pertama adalah 2 – 3 = – 1. Aku tutup balik buku tu dan termenung hairan. Jadi bayangkanlah betapa bodohnya aku ketika itu. Soalan mudah macam tu pon aku tak faham. Bahasa Inggeris aku juga sangat lemah ketika itu a.k.a “Benak”. “The” aku baca dengan bunyi “Ti” yang sepatutnya berbunyi “Dhe”. Jadi dari situ korang boleh ukur kelemahan aku, betapa mencabarnya dan banyak perkara yang aku kena belajar supaya aku boleh berjaya.
Alhamdulillah setelah aku belajar bersungguh – sungguh selepas balik sekolah dari pukul 2.00 pm – 4.00 pm. Lepas tu aku pergi main bola dan pergi ke masjid sampai pukul 9.00 pm. Balik dari masjid sampai pukul 11.00pm aku akan sambung belajar lagi. Itulah rutin harian aku. Alhamdulillah, Allah takdirkan aku ketika peperiksaan percubaan, hampir semua subjek kecuali subjek Bahasa Inggeris aku mendapat markah 80% – 90% . Yang paling mengejutkan adalah subjek Matematik yang aku tak pandai sebelum itu, ketika peperiksaan tadi aku dapat 98% (salah 1 je). Cikgu – cikgu dan kawan – kawan aku pun terkejut, cikgu Geografi( Ilmu Alam) & Lukisan aku iaitu Cikgu Nurasmarathabut selalu denda aku sebab tak pakai stoking, tak bawa buku dan lain – lain. Waktu peperiksaan Ilmu Alam tu aku dapat markah 92%. Ketika kelas Lukisan, Cikgu Nurasmarathabut baru lepas tanda kertas aku dan terkejut. Beliau pun panggil aku dan tanya aku soalan:
“Eh kau tiru siapa?” – Cikgu.
“Tiru macam mana cikgu?” – aku.
“Yelah, cikgu Tanya kau tiru siapa?” – Cikgu.
“Eh cikgu, macam mana saya nak tiru? Cikgu tengoklah saya duduk kat depan sekali tau. Nak tiru sesiapa pon tak bolehlah cikgu.” – aku.

Cikgu pon terdiam dan mengiyakan kata – kata aku walaupun reaksinya hairan bagaimana pelajar yang malas dan bodoh macam aku ni boleh skor subjek Ilmu Alam dan Lukisan.
Aku juga nak berterima kasih dekat Cikgu Sejarah iaitu Cikgu Asmah. Disebabkan beliau aku duduk depan sekali kerana aku suka buat bising dalam kelas dan banyak buat hal. Aku seorang sahaja lelaki yang duduk depan dikelilingi budak – budak perempuan. Alhamdulillah berkat usaha & desakan daripada orang sekeliling aku berjaya menjadi Pelajar Terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah Tahun 1984.
Ketika sekolah dibuka untuk kemasukan aku ke Tingkatan 4, aku macam biasalah datang sekolah lambat, kena tahan dengan pengawas sekolah, tak dibenarkan masuk dan dihukum kutip rumput yang dah dipotong & sampah dekat padang sekolah. Waktu itu, perhimpunan sedang berjalan & aku telah diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SRP 1984 tanpa pengetahuan aku. Lepas habis kerja(denda) aku, aku pon masuk ke kelas 4 Sains 1 dan tiba – tiba kawan – kawan aku tepuk tangan dan ucapkan tahniah. Aku ingatkan diaorang perli aku sebab kena denda, aku marahlah dan nak baling kerusi dekat dorang. Kawan aku terkejut dan cakap…
“Eh come on lah, kitorang tepuk tangan sebab nak ucap tahniah kau pelajar terbaik.”
Aku pun terkejut dengan berita tu. Tetapi kalau korang nak tahu, walaupun aku merupakan pelajar terbaik, minda aku masih lagi mengatakan aku ingin menjadi seorang posmen kerana kebiasaan persekitaran ketika itu. Hal ini dibuktikan melalui Kad Laporan aku yang menyatakan cita – cita aku ketika itu adalah posmen. Guru kelas aku sendiri bangkang dengan cita – cita aku dan aku hanya mampu ketawa sahaja. Ini disebabkan ketika itu aku tidak didedahkan untuk menjadi orang hebat dan tidak mempunyai mentor sebagai panduan.
Satu peristiwa menarik yang masih segar dekat ingatan aku ialah ketika aku mengambil keputusan SRP tahun 1984. Sampai je di rumah, aku nampak ibu dan bapa aku dekat bawah rumah dan mereka bertanya pada aku “ Macam mana keputusan kau?” – Mak. “Alhamdulillah mak, aku lulus dan dapat 8 Agregat” – Aku. Waktu tu ibu dan bapa aku tak faham maksud keputusan aku. Soalan seterus yang ditanya adalah “ Maksudnya kau boleh sambung sekolah ke Tingkatan 4 lah ya?” – Mak. Aku pon jawab “ Ya betul, InshaAllah boleh lah kot” – Aku. Bapa aku balas “Ha Sahak, kalau kau tak boleh masuk Tingkatan 4 tak mengapa. Kau sambunglah dekat sekolah swasta yang berbayar sebulan RM 20.00” – Bapa. Aku pon hanya senyum sahaja tanpa membalas apa – apa.
Pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini adalah:

  1. Kita haruslah sentiasa berfikiran positif dan mengambil pengajaran dari perjalanan hidup kita kerana perkara ini akan memberi panduan yang positif untuk mengubah hidup kita.
  2. Kita haruslah berusaha dengan bersungguh – sungguh untuk mencapai impian yang kita idamkan dan menjadikan pengalaman sebagai ikitibar untuk maju ke hadapan.
  3. Janganlah kita mengeluh dan menyalahkan takdir dan individu lain seperti ibu bapa, guru – gurun dan orang sekeliling.
  4. Mintalah restu dan doa daripada ibu bapa untuk kejayaan kita di dunia dan akhirat.

NOTA :

  1. Setiap kali aku ulang kaji pelajaran pada waktu malam anggaran pukul 9 – 11, aku akan menggunakan pelita dan minyak tanah untuk membaca buku. Meja yang digunakan adalah meja buatan aku sendiri daripada kayu dan papan.
  2. Ibu aku adalah teman yang paling setia menemani aku sambil duduk di suatu sudut dan menghisap rokok lenteng (perkara ini biasa bagi orang jawa). Alhamdulillah sekarang ibu aku dah berhenti hisap rokok lenteng. Selalunya aku akan berkata kat ibu aku “ Mak pergilah tidur. Dah tersengguk – sengguk dah tu”. Mak aku pon menjawab “ Ha tak apa lah, aku saja nak ambil angin ni”. Sebenarnya aku tahu ibu aku sentiasa menemani aku untuk memberi sokongan moral.
  3. Setiap malam Jumaat ibu aku akan bangun tengah malam untuk solat Hajat dan tidak putus- putus berdoa untuk kejayaan aku.
  4. Bapa aku juga sentiasa bertanya kepada aku samada duit aku cukup atau tak, ada apa- apa lagi yang perlu dibeli. Aku hanya akan membalas “ Tak mengapa”. Ini kerana aku nak melatih diri aku berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa aku yang susah mencari duit untuk sara hidup.
    Rumusan : Kejayaan aku bukanlah disebabkan oleh usaha aku seorang, tetapi berkat kejayaan ini juga daripada doa ibu aku yang sentiasa buat solat Hajat dan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis.
    Jadi sampai sini sahajalah aku kongsikan pengalaman permulaan perubahan sejarah hidup aku. Sesungguhnya apabila kita serius dan berusaha capai keinginan kita, kita mampu berubah daripada menjadi orang yang biasa – biasa kepada orang yang luar biasa.

MOTIACTION 2.4.4
BERJAYA DALAM SPM WALAUPUN SERBA KEKURANGAN.


Peristiwa berlaku pada tahun 1984-1985, setelah mendapat keputusan yang baik tahun 1984, aku telah ditawarkan untuk ke Sekolah Teknik Cheras dalam bidang Kejuruteraan Awam Sivil Engineering, aku teringat, bila sahaja aku dapat surat tawaran, aku jumpa Mak dan Bapak aku, aku ceritakan pada mereka, pada ketika itu aku memberitahu..
“Tak perlulah pergi ke sekolah Kuala Lumpur, sebab perbelanjaannya pun besar, jauh, Sekolah Teknik tu pun lebih kurang sama macam SPM, pun boleh masuk universiti”
Bapak aku pun… “Ikut kau la”, tapi entah macam mana, bapak aku dapat nasihat daripada kawannya dekat kedai kopi masa minum petang,
“Ok Basiran.. anak kau ni dapat keputusan bagus, tawaran pun bagus, jadi anak kau wajib pergi, ini peluang yang sangat berharga”
Petang tu bapak aku jumpa aku, dia tak mendesak, tapi dia beritahu…
“Ambillah peluang ni, peluang ni sekali dalam seumur hidup, kebetulan pula dalam keluarga ni kau sorang je yang dapat tawaran ni, bab persediaan jangan bimbang, bapak akan usahakan”
Jadi bila aku tengok air muka Mak Bapak aku beria sangat-sangat, bersungguh dan berharap, jadi aku buat keputusan,
“ok lah.. demi untuk memenuhi hasrat Mak bapak, ok.. no problem”
aku pun pergilah, masa pergi ke sekolah tu, sepupu aku sewa kereta kawan dari Sungai Way, mak bapak hantar aku ke Sekolah Teknik Cheras Kuala Lumpur, dan itulah kali pertama dan terakhir Mak Bapak aku pijakkan kaki ke sekolah tu, lepas tu dah tak datang dah. Ramai keluarga, mak bapak mereka, adik beradik datang menjenguk, tapi macam aku ni tak boleh sebab keluarga susah dan tak mampu. Hanya sesekali, kakak aku yang kerja dekat kilang Sungai Way dan abang aku kerja sebagai office boy di Kuala Lumpur ada juga datang menjenguk.
Ketika berada di Sekolah Teknik Cheras, Kuala Lumpur pengalaman cukup sangat berharga, kerana dekat Sekolah Teknik Cheras Kuala Lumpur ni kebanyakannya mereka-mereka yang cemerlang di dalam SRP sahaja yang dapat masuk ke sekolah tu, jadi aku berpeluang dapat berkawan dengan mereka yang cerdik & bijak ni. Alhamdulillah kebanyakkan mak bapak mereka mempunyai kerja yang bagus, pendapatan yang bagus, jadi mereka tak ada masalah seperti mana aku sekarang ni.
Seingat aku semasa berada di tingkatan 4 dan 5, aku hanya masuk kantin dalam masa 2 tahun tu tak lebih darpd 10 kali, maknanya pada waktu rehat tu aku pergi belakang sekolah, kawasan tingkatan 6, lepak dekat situ dengan kawan-kawan yang tak pergi kantin, yelah

sebab duit tak ada kan. Jadi, itu satu benda yang kata orang menarik sebenarnya pengalaman tu, aku bukan sedih, tapi aku bersyukur dilahirkan dalam keadaan keluarga yang miskin, disebabkan kemiskinan itu membuatkan jiwa aku menjadi kental, menjadi kuat, dan kita tidak merungut dan manja kepada ibu dan bapa, secara tidak langsung survival kehidupan kita akan menjadi lebih tinggi, dan itulah sudut positif yang aku pelajari.
Dekat sekolah tu, senior-senior ni banyak buang kasut sebab dah habis tingkatan 5, diorang tinggal kasut, baju, buku dan macam-macamlah, jadi aku pun apa lagi, aku ambillah kasut-kasut, buku, baju dan aku recycle balik, jimatlah sikit, tapi ada satu peristiwa yang agak terkesan dan sampai sekarang aku ingat, pada ketika perhimpunan pagi, pada masa tu aku tingkatan 4, ketika berjalan menuju ke kelas, Guru Besar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur iaitu Haji Ramli, orang panggil dia Haji Bauk je, Haji Bauk tahan aku tau, dia ni garang gila, silap sikit memang budak-budak TIKL memang dia tak kasi peluang, pantang sikit dia lempang je atau terajang, budak-budak TIKL memang kepala keras dan degil, jadi cikgu kena yang garang, samseng sikit baru budak-budak takut, pasal sekolah tu tiada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3, hanya ada 4 dan 5 sahaja, badan mereka besar-besar semua, dan sebahagiannya duduk luar dan ada motor terutama rakan-rakan yang berbangsa cina, jadi haji Bauk ni dia tahan aku dan kata…
“Hey… kau ni kenapa ha ? baju kau warna kehijau-hijauan, lepastu kasut kau pun koyak-koyak ni apa citer ni ?”
Dia tengkingnya aku, lepas tu aku cakap,
“Cikgu, baju ni baju abang saya kerja pion, kerja office boy. Asalnya baju ni warna hijau sikit, dah lama sangat pakai jadi pudar, jadi saya ambil baju ni untuk dijadikan baju sekolah sebab saya tak ada duit, kasut ni pun saya ambil dari Senior-Senior yang diorang tinggalkan”,
Jadi Haji Bauk bila dengar macamtu dia tergamam, terkedu, dia pun.. “ok-ok, jalan-jalan”, dan masa aku cakap macam tu ada sorang kawan bernama Rahman turut terdengar dan beliau seorang yang sangat baik hati. Apabila aku pulang ke asrama, sepasang baju sekolah diletakkan di atas katil aku oleh Rahman. Tapi kerana berasa segan dan aku rasa cukup dengan apa yang aku ada, aku menolak dengan baik pemberian Rahman walaupun dia agak memaksa. Aku amat menghargai perhatian dan keikhlasan dari rakan-rakan aku sepanjang di TIKL.
Itu satu peristiwa yang kata orang… terkesan dekat jiwa aku.
Seterusnya oleh kerana aku tak nak peningkan kepala mak bapak aku untuk membelikan buku atau keperluan sekolah, aku memasang strategi dengan hanya meminjam buku-buku teks dari kawan-kawan aku dan kemudiannya aku akan menyalin buku tersebut dalam buku nota aku. Antara rakan yang selalu aku pinjam adalah Azman atau

nama glamournya Masdo dan Shamsul yang kami panggil Ringgo. Ada juga buku-buku yang ditinggalkan oleh senior lepas aku ambil mana yang boleh dan sesuai.
Apabila cuti sekolah panjang, aku akan balik ke kampung dengan hanya memaki t-shirt lusuh dan seluar jeans rock yang aku beli murah di Chow Kit. Punyalah aku miskin, beg pun tiada dan hanya menggunakan beg plastic untuk mengisi baju dan pakai selipar yang aku kutip di asrama dari senior yang lepas. Warna selipar dan saiz kadang-kadang tidak sama dan aku tidak kisah janji kaki aku beralas. Walaupun aku telah bersekolah di bandar dan berkawan dengan orang-orang bandar dan berada, aku tidak terkena kejutan budaya dan aku selalu ingat asal usul aku. Sebab itu, apabila aku balik kampung, ramai orang kampung tidak percaya aku bersekolah di Kuala Lumpur kerana fizikal dan cara pemakaian aku masih sama seperti sebelum ini. Terutamanya kawan aku Wak Judi yang selalu menggelakkan aku dan berseoloroh menyuruh aku berhenti sekolah balik kampung dan akan menghadiahkan aku chop dan raga untuk mengupas kelapa seperti dia.
Walaupun di gelakkan dan di perlekehkan oleh orang kampung, aku tidak melatah dan menjadikan itu semua sebagai pendorong aku untuk lebih berusaha. Aku mengambil semua tohmahan dan usikan dengan positif dan membulatkan tekad aku untuk membuktikan kepada mereka aku juga boleh berjaya.
Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan sekolah di TIKL dengan mendapat Gred 1 dalam SPM selepas keputusan keluar pada tahun 1987. Walaupun gred 1, tetapi keputusan subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris aku tidak berapa memuaskan dan hanya cukup-cukup makan untuk lulus. Disebabkan itu, aku tidak dapat tawaran belajar ke oversea seperti rakan-rakan aku yang lain.
Aku menyambung pelajaran di UTM Johor dan bertukar aliran dari Kejuruteraan Awam kepada Kejuruteraan Mekanikal yang lebih susah dan mencabar. Ramai kawan-kawan aku yang asalnya dari Kejuruteraan Mekanikal semasa di TIKL telah beralih ke jurusan yang lain kerana susah. Aku redah saja walaupun tidak ramai kawan yang sama jurusan dari TIKL dan berjaya menghabiskan pengajian dalam masa ditetapkan pada tahun 1999 dengan lulus semua subjek.
Itulah sedikit perjalanan hidup daripada tahun 1985-1986, banyak pengajaran yang aku dapat dari peristiwa itu dan sebenarnya penghijrahan daripada kampung ke sekolah berasrama di bandar bersama rakan-rakan dapat membina satu daya ketahanan yang kuat untuk jati diri, naluri survival, yakin kepada diri sendiri dan tidak hanya bergantung kepada keluarga atau menunggu bantuan dari siapa-siapa.

PENGAJARAN DARI PERISTIWA :

  1. Sangat terbaik berhijrah keluar dari sekolah kampung ke Bandar dan berkawan dengan mereka yang cemerlang dalam pelajaran. Membantu minda lebih luas lagi & membina keyakinan diri lebih tinggi.
  2. Kemiskinan & segala kekurangan bahan pembelajaran bukanlah alas an untuk kita tidak boleh Berjaya dalam bidang pelajaran.
  3. Sama ada kita anak orang kaya atau miskin, sebenarnya kita mempunyai peluang yang sama untuk Berjaya dalam kehidupan. Kita juga boleh lebih Berjaya berbanding rakan-rakan dan ianya bergantung pada usaha gigih diri anda dan bukanya ditentukan oleh keturunan dan kekayaan keluarga kita.

MOTIACTION 2.4.5
PENGALAMAN KERJA KILANG BESI SELAMA 3 BULAN SEMENTARA MENUNGGU KELULUSAN SPM


Selepas peperiksaan SPM berakhir, aku duduk di rumah setinggan di Kampung Cherry Sungai Way. Ketika itu aku bekerja sementara di syarikat Federal Iron Jalan Tandang Petaling Jaya dengan gaji sehari RM10.50 dan bekerja dua shif pada ketika itu selama lebih kurang tiga bulan. Aku pergi kerja naik bas, tambang bas daripada Sungai Way ke Jalan Tandang Petaling Jaya lebih kurang RM0.60 untuk pergi dan balik dengan bas mini, untuk teh ais lebih kurang RM0.50 sebungkus, makan tengah hari RM2, jadi perbelanjaan aku setiap hari dalam RM3-RM4 dan bila di tolak dari gaji harian, baki untuk simpanan aku hanya dalam RM5-RM6 untuk membayar sewa rumah dan yuran apabila aku menyambung belajar kelak. Untuk mula kerja, aku tiada langsung wang dan terpaksa meminjam dari kakak di Sungai Way untuk tambang bas dan makan pada minggu pertama. Pengalaman yang sangat berharga dan mencabar kepada aku.
Benda yang paling mencabar adalah bab makan. Ketika itu aku dalam proses tumbesaran semulajadi di tambah lagi dengan kerja-kerja berat yang aku kena buat di kilang, makanan adalah sangat penting tetapi sebab tiada duit, ia menjadi satu masalah yang agak merunsingkan. Untuk menjimatkan gaji aku, aku membeli dapur minyak untuk memasak di rumah dan membawa bekal ke tempat kerja. Menu aku sangat ringkas hanya nasi putih, telur goreng dan kicap atau sos. Memang tiada menu lain dan kadangkala terputus bekalan telur sebab tiada duit aku hanya membawa bekal nasi putih dan kicap manis dan air kosong. Setiap pagi selepas subuh, aku menjerang air menggunakan periuk kecil dan selepas masak pindahkan air utk bancuh kopi dalam termos. Dengan periuk yang sama aku menanak nasi dan menggoreng telur untuk bekalan. Begitulah rutin aku setiap hari selama 3 bulan dan aku hanya sarapan dengan air kopi dan bekal nasi untuk tengahari. Kalau ada lebih aku makan bekal yang sama untuk waktu malam atau tidak makan langsung dan terus tidur sahaja.
Kadang-kadang aku terpaksa meneguk air paip di tandas apabila terlalu lapar setelah bekerja mengangkat tong-tong gas yang berat. Nasib baik aku tak terkena cholera sebab minum air yang tidak di masak. Banyak kali juga aku terpaksa mengikat perut seperti ini kerana tidak cukup wang. Dari semua pengalaman ini, baru lah aku tau betapa susahnya untuk mencari sesuap nasi. Dari sini juga, aku lebih menghargai pengorbanan mak dan bapa ku yang sentiasa membanting tulang mencari rezeki untuk aku dan keluarga. Aku juga menjadi insan yang lebih bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan yang sebelum ini aku tidak nampak atau abaikan.
Aku juga dapat menilai diri aku pada ketika itu hanya bernilai RM10.50. Gaji itulah nilai aku pada hari tu. Bekerja setiap hari dengan

kerja yang sangat berat tapi hanya di hargai oleh pemilik syarikat dengan hanya gaji yang cukup untuk makan sehari dan kadangkala tidak cukup jika telah berkeluarga dan mempunyai anak. Keringat yang aku keluarkan setiap hari hanyalah untuk mengkayakan tuan syarikat. Dalam hati aku terasa begitu marah dan tidak puas hati.
Aku menanamkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus dengan cemerlang. Ketika itu, di fikiran aku apabila telah lulus dengan cemerlang akan dapat pekerjaan yang bagus dengan gaji yang baik. Pada ketika itu minda aku adalah minda pekerja bukan usahawan. Aku juga berasa ehsan yang tinggi dan akan membantu orang yang susah apabila dapat pekerjaan dan gaji yang bagus nanti. Itulah azam yang telah aku tetapkan ketika itu.
PENGAJARAN DAN PERISTIWA
1- Pengalaman ini membuatkan aku benar-benar insaf betapa sukarnya ibu bapa mencari rezeki untuk keluarga.
2- Pentingnya mempunyai kelulusan untuk mengubah hidup supaya mendapat pekerjaan yang baik & gaji lumayan (masih minda makan gaji ketika itu).
3- Tidak membazir & boros berbelanja serta bersyukur terhadap rezeki yang dianugerahkan oleh Allah. Memupuk ehsan yang tinggi pada diri.
4- Terfikir dengan gaji RM10.50 sehari, sebenarnya aku hanya mendapat duit makan sahaja dan tenaga dari apa yang aku makan digunakan untuk mengkayakan syarikat tu sahaja. Terasa macam hamba abdi (hidup untuk bekerja bukannya bekerja untuk hidup & menikmatinya).

BAB 2.4.6
BELAJAR DI IPTA & CABARAN.


[Masih MINDA makan gaji]
 Impian untuk dapat segulung Diploma dari UTM.
 Impian untuk mudah mendapat pekerjaan.
Pada tahun 1987-1990 aku mengambil bidang Kejuruteraan Mekanikal di UTM Jalan Gurney Kuala Lumpur selama 2 tahun dan pindah ke UTM Skudai Johor selama 1 tahun. Pada masa itu sistem biasiswa kerajaan ditukar kepada pinjaman. JPA hanya menawarkan RM1,400 sahaja setiap semester untuk bayar yuran, makan, minum dan semua keperluan. Memang tidak mencukupi bagi aku yang hanya bergantung kepada wang pinjaman ini untuk keseluruhan kos ketika aku belajar. Untuk jimatkan duit aku tidak membeli buku-buku kejuruteraan kerana terlalu mahal. Jadi aku hanya pinjam buku dari kawan-kawan dan membuat salinan Photostat sendiri, yang penting boleh belajar dan lulus peperiksaan. Untuk menampung kos hidup aku perlu mencari duit lebih dengan cari kerja part time di sebelah malam sebagai pembakar satay di Sg Way. Dapatlah upah RM20++ semalam tetapi masa untuk mengulangkaji pelajaran tidak ada. Harapkan hanya belajar di dalam kelas maka prestasi pelajaran aku merosot teruk. Tetapi, Alhamdulilah lulus juga dan tidak kena buang dari UTM.
Sepanjang belajar di situ, banyak kenangan manis dan pahit aku lalui. Maklumlah darah muda dan zaman tu zaman rock paling popular. Sampaikan baju koyak pun aku hanya tampal dengan sticker sebab malas hendak jahit. Sampai sekarang bila jumpa kawan-kawan lama di UTM apabila mengimbau balik kenangan bersama pasti tergelak dan tak percaya dah lalui semua itu.
Ada dua kali aku cuba berniaga masa cuti semester iaitu menjual satay dan menjual air balang di tepi jalan. Tapi semunya rugi dan terpaksa tutup. Antara faktornya ialah rakan kongsi yang juga saudara rapat aku sangat pemalas dan tidak berdisiplin walaupun bersusah payah aku mahu menolong dia setelah lama menjadi penganggur. Bangun tidur lewat tengahari dan tidak bersungguh hendak berjaya di dalam bisnes. Oleh sebab itu, aku mengmabil keputusan untuk bekerja kontrak sahaja setiap cuti semester kerana tidak mahu lagi menanggung rugi seperti sebelumnya.
Tahun ke-3 aku dipindahkan belajar di UTM Skudai Johor Bahru. Di sini sistem makan kena urus sendiri beli di kantin dan tidak ada kerja part time. Jadi selalulah aku tidak cukup duit dan kelaparan. Ada masa aku telalu lapar sangat tapi tiada duit langsung untuk beli makanan, jadi aku terpaksa ikat perut dengan kain cadar dan terus tidur sahaja. Untuk mengelakkan aku kelaparan lagi, aku membeli beras dan masak menggunakan periuk nasi yang aku pinjam dari kawan baik aku Azmi. Kalau ada rezeki lebih, dapatlah aku makan berlaukkan telur atau ikan masin. Jika tidak, aku hanya

makan nasi berlaukkan garam dan kicap manis. Air aku hanya minum air paip dan sampai satu masa aku muntah dan tak selera untuk makan kerana makan menu yang sama sahaja setiap hari. Tetapi mengenangkan itu sahaja yang aku ada, aku gagahkan juga untuk makan bagi mengeyangkan perut dan meneruskan pelajaran.
Pada cuti semester di UTM Skudai, Johor, aku mengambil peluang bekerja kontrak di Singapura untuk mencari pengalaman. Kali ini aku dapat kerja kontrak 3D (Dark, Dirty, Dangerous) yang biasanya orang tidak mahu. Aku bekerja membuat longkang dan menyelenggara saluran najis. Aku selalu teringat semasa bekerja kontrak ini, aku pernah makan bekal yang aku bawa di tepi saluran najis dengan najis yang bertimbulan di situ. Dengan selamba dan kerana terlalu penat dan lapar, rasa jijik hilang dan aku teruskan makan sampai kenyang. Cuma yang mencabarnya setiap kalu tiba waktu solat, aku terpaksa mandi kerana terpalit dengan najis. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan sukar aku tetap berpegang kepada tiang agama dan sentiasa ingat pesan ibuku untuk senitasa menjaga solat. Pengalaman bekerja di Singapura ni menyebabkan jiwa aku menjadi lebih kental dan tabah. Strategi aku bekerja jadi buruh kasar ini sangat penting untuk memberi peringatan kepada diri aku sendiri supaya belajar bersungguh-sungguh hingga dapat diploma UTM bagi mendapatkan pekerjaan yang baik. Alhamdulilah akhirnya aku berjaya dapat diploma dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya aku ambil keputusan kembali ke Selangor untuk mencari kerja di Sungai Way dengan menggunakan diploma UTM yang telah aku perolehi.
Pengajaran dari peristiwa :

  1. Kemiskinan & kekurangan bukanlah alasan untuk kita tidak berjaya di dalam bidang pelajaran. Kelulusan itu hanyalah segulung kertas dan yang penting ialah nilai ilmunya.
  2. Jangan merungut & menyalahkan keadaan (takdir) tetapi sebaliknya kita menikmati perjalanan hidup walaupun mencabar dengan berlapang dada & gembira (enjoy).
  3. Jangan menyusahkan ibubapa, berusahalah sendiri kerana ibubapa sudah membesarkan diri kita dengan susah payah. Jangan sesekali merungut & menceritakan kesusahan yang kita hadapi kepada mereka. Minta tolonglah hanya kepada Allah & berusahalah, pasti ada jalan keluar dari masalah itu. Hidup di dunia memang untuk diuji. Jadi tidak ada masalah sama ada susah atau senang. Teruskan perjalanan hidup dengan senyuman dan 100% berserah diri pada Allah. Cukuplah Allah tempat kita bergantung harap & mencari redhanya, bukan mencari perhatian makhluk.

MOTIACTION 3.4.1
CABARAN MEMPERSIAPKAN KILANG DAN PEKERJA DALAM MASA HANYA 2 MINGGU.


Setelah satu cabaran paling besar dapat di atasi, kini aku terpaksa pula menghadapi cabaran seterusnya. Cabaran pertama, pihak Tamura Elektronik mewajibkan aku dalam masa 3 hari selepas di tawarkan projek ini untuk menghantar sekurang-kurangnya 6 orang operator dan juga supervisor untuk berkursus selama 2 minggu di Tamura.
Aku berjaya mencari 6 orang remaja perempuan untuk berkursus dan aku tempatkan mereka di rumah sewa di Jenjarum untuk tempoh itu. Pada hari pertama dan seterusnya untuk kursus, aku telah merancang untuk menghantar mereka ke Tamura menaiki kereta Ford Escort dan sebuah lagi kereta abang ipar ku Roslan.
Pukul 6 pagi kami semua dah bersiap untuk menghantar 6 orang remaja ini untuk berkursus operator pada hari pertama, tapi nak dijadikan rezeki, kereta aku tidak dapat dihidupkan. Habis semua cara dan skill aku guna tetap tidak dapat hidup. Aku dah cemas dan menggelabah. Mujur aku teringat sepupu yang ada kereta di Johan Setia, terus aku hubungi dan minta bantuan. Alhamdulillah, dengan bantuan saudara tu dapat juga aku menghantar semua operater untuk berkursus.
Cabaran kedua adalah untuk menyiapkan kedai/kilang untuk operasi pembuatan transformer. Dalam masa 2 minggu aku perlu siapkan kilang yang lengkap dengan keperluan kerana pihak Tamura akan menghantar mesin-mesin dan peralatan untuk menghasilkan transformer tersebut. Tapi masalahnya, ketika itu aku masih bekerja di sebuah syarikat Jepun.
Aku terpaksa membahagikan waktu kerja sebagai jurutera dan kekalutan untuk bertungkus lumus menyiapkan kilang dalam masa dua minggu sahaja. Aku terpaksa mengambil cuti beberapa hari dan menghabiskan hari minggu untuk menyiapkan kilang dalam masa ditetapkan. Kerana kesuntukan masa, aku menarik kabel elektrik dari dewan balai raya sebelah kilang untuk memasang lampu dan mesin. Membersihkan dalam kilang yang sangat kotor dan penuh sarang tikus. Memasang tikar dan mengemaskan dinding, menukar

bumbung yang bocor dan lain-lain kerja membersihkan. Alhamdulillah, dalam masa yang singkat itu semua dapat disiapkan.
Setelah semua dapat disediakan, barulah mesin dan peralatan dimasukkan ke dalam kilang untuk memulakan operasi. 6 orang operator yang mengambil kursus di Tamura telah berjaya menamatkan kursus dan menjadi tunjang dalam kilang aku ini. Maka bermulalah semuanya dari detik ini.
Syukur kepada ALLAH SWT, dengan kerja dan usaha gigih yang tidak mengenal erti penat dan jemu, akhirnya dari 6 orang pekerja terus berkembang dan bertambah sehinggalah mencapai 120 pekerja. Dan di kemuncaknya, dari sebuah kilang kecil kayu aku berjaya menambah sebuah unit lagi kilang kayu di sebelahnya. Selepas itu, aku juga menyewa 3 unit kilang IKS milik Lembaga Kemajuan Luar Bandar di Taman Sri Nakhoda Omar BNO.
Operasi kilang juga semakin berkembang dan telah beroperasi selama 24 jam dengan 3 syif. Itulah pencapaian terbaik yang aku pernah capai ketika aku menjadi vendor di syarikat Tamura Elektronik Sungai Way dari tahun 1997 sehingga 2007.

MOTIACTION 3.4.2 KISAH PERTOLONGAN ALLAH SWT – WAKAF RM2,600 DAPAT UNTUNG RM200,000.


Apakah matlamat anda apabila memulakan bisnes?
Bagi aku yang masih mentah dalam dunia perniagaan ini, matlamat utama apabila aku berjaya mendapat kontrak vendor Syarikat Tamura Elektronik adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung Sungai Air Tawar dan kawasan sekitarnya. Oleh sebab itu, aku namakan syarikat pertama ini Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd bagi menunjukkan identiti desa yang akan membangun. Kebanyakan pekerja yang diambil adalah terdiri dari keluarga miskin, ibu-ibu tunggal dan mereka yang memerlukan. Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd adalah syarikat atau kilang pertama di daerah ini yang memberi peluang pekerjaan seperti ini.
Walau bagaimanapun, secara jujurnya projek vendor membuat transformer dari Tamura ini tidak boleh membuat banyak keuntungan. Secara puratanya, lebih banyak kerugian dari keuntungan sehingga tidak mencukupi untuk membayar gaji pekerja. Sangat-sangat memeritkan dari segi kewangan syarikat yang baru. Atas sebab itu, walaupun syarikat ini telah ditubuhkan dari pertengahan tahun 1997 aku masih lagi bekerja di syarikat Jepun untuk backup duit bayaran gaji dan segala kos dengan menggunakan wang gaji aku. Itulah hakikat yang sebenarnya.
Antara faktor yang aku dapati mengapa menjadi vendor ini tidak dapat menjana keuntungan tinggi ialah :-

  1. Faktor mesin manual dan telah berusia yang dibekalkan oleh Tamura Elektronik sukar dikendalikan oleh operator kurang berpengalaman menyebabkan proses penghasilan transformer terhad dan tidak maksimum.
  2. Kekurangan pengalaman dan skill pekerja-pekerja baru menjadikan produktiviti rendah dan banyak masalah kualiti.
  3. Kerenah birokrasi dan ketidaksamaan dalam sistem vendor mengawal harga upah menindas syarikat vendor kecil. Penindasan secara tidak langsung dari syarikat vendor yang lebih besar menyebabkan syarikat aku kadangkala tidak mendapat

keuntungan langsung dari kerja-kerja yang telah di buat. Syarikat Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd terpaksa bertahan dan menerima segalanya kerana diluar kawalan syarikat.
Demi pekerja dan keringat yang telah aku curahkan untuk syarikat ini, aku tetap bersabar menghadapi cabaran getir ini. Segala perih dan jerih sepanjang menjalankan syarikat ini aku teruskan dengan hanya meminta pertolongan dan bersandar hanya pada ALLAH SWT semata-mata. Alhamdulillah, dengan niat yang ikhlas dan 100% yakin pertolongan Allah, akhirnya pertolongan Allah itu sampai di masa dan tempat yang tidak di sangka-sangka. Sebelum keajaiban atau bantuan ALLAH itu sampai, aku telah diberi kepercayaan oleh Tamura Elektronik untuk mengambil alih sebuah mesin robotik dari syarikat subcorn yang telah bankrap. Dari mesin robotik ini, aku telah belajar sendiri programing dan tetapan mesin sehingga mahir.
Pada suatu hari Sabtu, ketika aku sedang menyelenggara mesin robotik ini, bantuan dari Allah itu telah sampai. Ketika aku sedang baring di bawah mesin untuk membetulkan sistem pendawaian mesin ini, tiba-tiba kelibat sesusuk tubuh berdiri di hadapan mesin menyapa aku. Terkejut aku dan hampir terlepas spanar di tangan. Mujur tidak jatuh dan terkena muka. Aku terus keluar dari bawah mesin dan terperanjat kerana yang menegur aku itu ialah Mr Kato, General Manager Tamura Elektronik.
Kelamkabut aku mengelap tangan untuk bersalaman dan sambal tersenyum Mr Kato menyambut salam dengan mesra.
Aku : How are you Mr Kato? Why you coming here on Saturday without telling me? Tanya aku yang masih dalam keadaan terkejut.
Mr Kato : Don’t worry Ishak…..i not coming here for inspection. Just want to meet you and look how you business and factory going.
Aku : Oh man….you scared me. Let go Mr Kato, I give you tour to my factory. I also just rent 3 new factory unit, do you want to see that?
Mr Kato : Ohh….that impressive. Let’s go……show me your factory here first then after we go to your new factory.
Setelah aku menunjukkan semua proses di unit kilang kayu di Kg Sungai Air Tawar, Mr Kato mengajak aku menaiki keretanya yang dipandu oleh pemandu peribadinya untuk melawat kilang baru di Bagan Nakhoda Omar. Dalam perjalanan,
Mr Kato : Ishak, I have something for you. Take this envelope and look inside.
Aku : Thanks Mr Kato. Let me see……wow, this is iriction component. Why you give this to me?
Mr Kato : Well, I like you man….you tenacious and real businessman. I want to give you this new product. You want it or not?

Aku : Of course I want it. This product will make my business grow. This product get paid per pcs and from estimation I can generate around RM20,000 per month. This new product valued around RM260,000 a year. Thank you so much Mr Kato for this opportunity.
Mr Kato : Yes…..you are welcome. Use this opportunity to grow your company. Lets go to your new factory, I want to see it.
Aku : Ok Mr Kato….please turn right at that junction and we will arrive.
Aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezeki ini . Aku teringat janji-janji Allah kepada hambanya yang banyak bersedekah akan diberi ganjaran sehingga 10 kali ganda dari sesuatu yang tidak terjangka.
Mungkin adakah rezeki ini dari Allah kerana aku banyak bersedekah? Wallahuaklam……Ada suatu ketika dulu, seorang kadi yang juga kawan dari Masjid Sungai Besar, Ustaz Jaiz Kamus menelefon aku untuk minta pertolongan membeli tanah wakaf di Kuang yang bernilai RM 2,600. Walhal, pada ketika itu duit di akaun aku hanya berbaki RM6,500, sedangkan aku perlu membayar gaji pekerja pada bulan tersebut berjumlah hampir RM20,000. Yakin dengan pertolongan Allah S.W.T. aku pejam mata dan terus bank in sahaja RM2,600 untuk membeli tanah wakaf itu. Alhamdulillah, rupa-rupanya benarlah Allah ganti balik wang yang aku keluarkan dengan memberikan keuntungan berniaga sebanyak RM260,000. Bermaknanya hampir 100 kali ganda Allah bayar cash balik pada aku. Mungkin juga rezeki ini di datangkan kerana niat ikhlas yang telah aku pasang untuk membantu golongan yang memerlukan dan fakir miskin. Siapa yang tahu? Hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui.

MOTIACTION 3.4.3 KISAH PERTOLONGAN ALLAH SWT – HAJIKAN IBU BAPA, ALLAH SWT HADIAHKAN AKU RM10,000 UNTUK AKU TUNAIKAN FARDHU HAJI BERSAMA IBU BAPA.


Pada tahun yang sama aku menutup perniagaan Teknologi Desa Hijau, aku berhasrat untuk menghantar kedua orang tua mengerjakan Rukun Islam yang ke 5 iaitu menunaikan Ibadah Haji di Mekah. Pada tahun 2002 itu, kos mengerjakan haji di bawah kelolaan Tabung Haji adalah sebanyak RM6,900 untuk seorang. Sebahagian dari wang saham yang aku terima selepas di tolak kos untuk membuka perniagaan masih ada dalam lingkungan RM15,500 sahaja. Oleh kerana mereka telah uzur, aku juga mesti menemani mereka di sana dan mengikut perkiraan normalnya, kos untuk kami bertiga adalah RM20,700. Walaupun wang aku masih tidak cukup, aku tekadkan juga dan terus mendaftarkan nama kami bertiga di Tabung Haji.
Sebelum mendaftar di Tabung Haji, aku berbincang dengan Habibah, isteriku mengenai hasrat menghantar orang tua ke Mekah dengan baki wang saham yang diterima. Pada permulaannya, beliau kurang bersetuju dan dalam linangan air mata merayu kepada aku untuk memikirkan semula niat itu. Sebelum ini kami menerima wang saham ini, kami selalu hidup dalam kesempitan sehingga untuk membeli susu anak pun tidak cukup dan terpaksa memberikan minum air sirap sahaja. Apabila ada wang lebih, mahu gunakan untuk orang tua pula.
Dengan berat hati kerana memahami keperitan yang di rasai oleh isteri, aku sebaik mungkin menerangkan niat aku kali ini adalah kerana tidak mahu terkilan pada masa akan datang jika orang tua sudah tiada nanti. Selain itu, pada tahun 1995, aku ada menerima wang untung dari bermain saham dan aku mahu menggunakan wang itu menghantar kedua ibu bapaku ke Mekah. Tetapi mereka menolak dan mahukan aku menggunakan wang itu untuk berkahwin. Jadi, apabila ada wang ini aku tidak mahu melepaskan peluang untuk berbakti kepada mereka. Setelah diterangkan dan di pujuk, isteriku pun faham dan bersetuju. Aku ambil sedikit dari wang itu dan memberikannya kepada isteri untuk keperluan isi rumah.
Setelah memaklumkan kepada isteri, aku terus ke Tabung Haji Sungai Besar untuk memasukkan wang tersebut kedalam akaun dan mendaftar haji untuk orang tua ku. Aku turut mendaftar sama walaupun wang tidak mencukupi untuk tambang ke Mekah. Aku terus memasang niat dan memohon kepada Allah untuk mengizinkan kami menjadi tetamu di bumi Mekah. Pada masa yang sama, aku turut membuat surat rayuan memohon mempercepatkan giliran tawaran haji untuk orang tua ku kerana faktor umur yang telah lanjut. Alhamdulillah, selepas sebulan aku mendapat jawapan dan kami bertiga layak untuk pergi ke Mekah menunaikan fardhu haji pada tahun itu juga. Walaupun wang di akaun aku masih tidak cukup, aku hanya berserah kepada Allah. Dalam hati aku cuma berdoa “Ya ALLAH kau pilihlah aku, ibu dan bapak aku untuk menunaikan fardhu haji

walaupun dalam keadaan sekarang ini aku tidak mampu, duit tidak cukup untuk aku” – aku menadah tangan dengan penuh harapan.
Aku turut merancang sekiranya pada saat akhir masih gagal untuk pergi haji, duit yang ada aku akan beri kepada ibu dan bapa aku sebagai wang saku ketika di sana. Syukur kepada Allah , sesuatu yang cukup luar biasa telah berlaku!
Lebih kurang dua minggu sebelum tamat tarikh akhir memberi jawapan untuk menerima tawaran menunaikan fardhu haji, Allah menghantarkan satu keajaiban. Seorang sahabat telah datang menemui aku di pejabat dengan membawa satu sampul surat berwarna coklat. Sahabat ini adalah orang perantaraan bagi seorang aku panggil Pak Haji. Beliau menyerahkan sampul surat yang berisi wang tunai RM10,000. Aku sangat terkejut kerana tiba-tiba di berikan wang tunai sebanyak itu. Beliau menerangkan bahawa wang itu adalah pemberian ikhlas dari Pak Haji setelah aku menyerahkan kilang di elektronik di Perenggan, Sungai Air Tawar kepada beliau tanpa apa-apa bayaran. Jadi untuk membalas jasa dan budi aku, Pak Haji berkongsi sedikit rezeki dari hasil yang di perolehi dengan mengusahakan kilang tersebut.
Alhamdulillah, walaupun niat aku ikhlas ketika menyerahkan kilang tersebut, Allah telah menghantarkan rezeki aku melalui Pak Haji. Allah lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki.
Aku yakin ini adalah janji Allah dan duit RM 10,000 ini sebenarnya Allah nak bantu aku untuk pergi menunaikan fardhu haji. Keesokkannya aku bank in untuk mencukupkan wang menunaikan fardhu haji dan RM 1,000 ringgit aku bagi mak aku, RM 1,000 ribu lagi aku bagi bapak aku untuk duit belanja dia.
Realitinya aku sebenarnya hanya memegang duit RM 500 ringgit sahaja wang saku untuk aku pergi menunaikan fardhu haji dan selebihnya untuk keperluan-keperluan lain. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. akhirnya aku, bapak aku dan juga mak aku berjaya pergi menunaikan fardhu haji dan aku bersyukur sangat ketika di suci Mekah semuanya berjalan lancar , seronok sangat , teruja sangat!.
Alhamdulillah dalam waktu haji Itu, walaupun orangnya berjuta tapi Allah S.W.T. mengizinkan aku mencium Hajar Aswad. Manakala mak aku mencium sekali, tetapi ayah aku tidak berkesempatan untuk mencium kerana dia melihat ramai orang berebut-rebut dan tolak menolak . Jadi dia tidak sanggup.

Walaubagaimana pun, kejayaan membawa ibu dan bapa aku pergi menunaikan haji merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga bagi diri aku. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana memudahkan aku dan memakbulkan impian aku untuk menunaikan fardhu haji bersama ibu dan bapa .
Sejujurnya anggaran wang tunai yang ada pada aku memang tidak mencukupi pada bulan berkenaan sebanyak RM33,000 untuk membayar gaji rakan kerja dan kos operasi syarikat. Alhamdulilah dengan kuasa Allah S.W.T. segala-galanya dapat di atasi dengan baik dan pada tahun berkenaan aku berjaya mendapat keuntungan bisnes yang memuaskan mungkin dari BAROKAH pergi menunaikan fardhu haji.

MOTIACTION 3.4.4 SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, MERANCANG MEMBUKA JENIS BISNES BARU


Setiap usahawan perlu sentiasa berjaga-jaga dan memerhatikan pergerakan business samada naik atau turun. Kesiap siagaan ini perlu bagi mengelakkan terjadinya bankrap tanpa sedar. Setelah 3 tahun menjalankan kilang vendor kepada Tamura Elektronik, aku dapati trend bisnes sebagai vendor kepada syarikat besar mempunyai risiko yang sangat tinggi. Pada permulaan kilang beroperasi pada tahun 1997 sehingga tahun 2001, aku melihat trend jualan syarikat Desa Hijau Sdn Bhd akan menurun di awal tahun antara bulan Januari sehingga Jun dan jualan akan meningkat sedikit pada bulan Julai sehingga Disember. Trend ini sentiasa berulang sepanjang 3 tahun beroperasi. Dalam pada masa yang sama, dari pemerhatian dan kajian aku dapati bisnes elektronik ini semakin mencabar dan masa depannya di Malaysia semakin suram. Berkemungkinan satu hari nanti Malaysia bukanlah tempat yang sesuai untuk industri-industri elektronik ini disebabkan peningkatan kadar gaji pekerja Malaysia menyebabkan pengilang dan pelabur barangan elektronik akan berpindah ke negara-negara seperti Myanmar, Thailand, Vietnam, Indonesia, China kerana penjimatan kos dan kadar gajinya lebih murah. Daripada situasi itu, aku membuat keputusan untuk mencari bisnes lain yang 100% dikawal sepenuhnya oleh aku sendiri, bukan sistem vendor atau kontrak dengan syarikat lain. Ini bermaksud aku perlu menubuhkan sebuah syarikat sendiri yang tidak bergantung dengan mana-mana syarikat atau agensi kerajaan. Aku mengambil contoh jenis bisnes dari beberapa syarikat bumiputera dan bukan bumiputera yang telah berjaya pada masa itu sebagai bahan kajian. Rakan-rakan juga memberi pandangan dan idea untuk bisnes baru yang boleh aku cuba ceburi. Setelah beberapa bulan, aku mendapat satu kesimpulan awal bidang bisnes yang sesuai untuk aku ceburi iaitu pembuatan produk makanan dan

minuman segera. Secara logiknya, trend produk makanan dan minuman segera pada masa itu sedang popular dan setiap orang perlu makan. Ini menjadikan jenis bisnes ini sentiasa mempunyai permintaan pasaran dan skop pasaran yang sangat luas.

MOTIACTION 3.4.5 MENUBUHKAN BISNES YANG BERASASKAN PRODUK MINUMAN DAN MAKANAN


Pada tahun 2001 setelah menjalankan kajian dan berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk membuat bisnes baru yang 100% kepunyaan aku sendiri berasakan minuman dan makanan . Produk pertama yang aku hasilkan adalah kordial sirap ros dengan dua saiz yang di jual pada harga RM1.00 dan RM1.70 sahaja. Selepas itu dikembangkan lagi dengan menghasilkan produk pati jus minuman saiz 1 Liter dan 3 Liter edisi khas untuk hari raya. Antara perasa minuman yang dihasilkan adalah : JENIS-JENIS PATI MINUMAN DESAKU TRADING 1 Jus Mangga 4 Jus Anggur 7 Jus Kundur 2 Jus Oren 5 Jus Laici 8 Jus Sarsi 3 Jus Durian Berlanda 6 Jus Epal 9 Jus Tembikai Susu
Selain itu, syarikat menghasilkan pula minuman “Ready To Drink” dengan pelbagai perasa yang enak bersaiz 250ml. Untuk syarikat Desaku Trading ini terus maju, aku telah menyediakan plan bisnes dan pemasaran yang teratur. Aku telah berjumpa 3 orang tokoh usahawan bumiputera yang berjaya pada masa itu untuk mendapatkan nasihat dan pandangan mereka. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada mereka ini menjadikan syarikat Desaku Trading tidak goyang di landa ribut atau taufan. Mereka ialah :

  1. DATO’ HAJI SHAMSHUDIN BIN HJ NOR CEO PANTAI BHARU HOLDINGS SDN BHD PEMEGANG LESEN AP KERETA MEWAH DAN PANTAI BHARU GROUP
  2. DATO HJ JOHARI BIN MAAROF CEO CONSOVICE VENTURE SDN BHD PENGELUAR DAN JUGA VENDOR TERBESAR LAMPIN PAKAI BUANG DI MALAYSIA.
  3. DATUK HAJI MANGGAR BIN HANIFF CEO DAN PENGASAS PRODUK JENAMA ORANG KAMPUNG(OK GROUP)
    Tujuan aku jumpa 3 orang usahawan ini ialah untuk bertanyakan 2 soalan sahaja iaitu : 1. Adakah strategi pemasaran Desaku Trading yang aku rancang ini tepat dan realistik?

Bagaimana dan apakah teknik yang biasa digunakan oleh scammer, pemborong, peruncit dan sebagainya untuk menipu pengilang/pengeluar produk? Sebelum aku ceritakan secara detail pertemuan aku bersama ketiga-tiga tokoh usahawan ini, secara ringkasnya aku berjumpa mereka dalam keadaan yang cukup bersahaja dengan hanya berbekalkan sabuah fail yang berisi perancangan bisnes Desaku Trading dan berpakaian tshirt, jeans dan selipar buruk. Bukan aku tidak mahu beria-ia memakai pakaian formal dan bawa kertas kerja bertimbun, tetapi aku yakin mereka ialah usahawan yang benar-benar tulen dan tidak hanya melihat kepada luaran. Apa yang mereka ingin lihat adalah diri usahawan tersebut. Pada mulanya ketiga tiga mereka ini mengata kan diri mereka sibuk hanya ada masa 5 hingga 10 minit untuk bersembang dengan aku. Tetapi setelah aku bertanyakan dua soalan untuk bisnes Desaku Trading, mereka terus ramah berkongsi idea dan pandangan sehingga lupa waktu berjalan. Mereka sanggup mengetepikan kerja-kerja mereka untuk memberi semangat dan bimbingan kepada aku. Jadi, memang benar jangkaan aku seorang usahawan tulen yang bermula dari bawah tidak akan sombong dan sangat peramah serta sedia berkongsi pengalaman dan ilmu mereka walaupun aku bukan lah siapa-siapa hanya seorang usahawan baru yang benar-benar ingin berjaya. Aku akan ceritakan lebih terperinci pada bab seterusnya kerana terlalu banyak nasihat dan pandangan dari mereka yang boleh juga di aplikasikan oleh anda. 2 tahun setelah Desaku Trading beroperasi dengan lancar, aku dapati banyak IKS baru telah muncul diusahakan oleh orang kampung di Kg Sungai Air Tawar dan kampung-kampung sekitarnya. Sedikit kelemahan aku dapati dari IKS yang terkenal dengan kerepek dan biskut ini adalah tiada satu pusat pengumpulan dan pemasaran untuk produk-produk mereka dan hanya berharapkan kepada pelanggan yang telah tahu dan datang membeli ditempat mereka sahaja. Aku mengambil peluang ini dengan membuat satu projek 1K1B ( 1 keluarga, 1 Barang) yang menjadi pusat pemasaran kepada IKS orang kampung ini. Aku juga menyediakan platform pemasaran dan pembungkusan yang moden untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran produk IKS ini. Dengan menggunakan infra yang sedia ada, aku mengedarkan produk-produk 1K1B ini bersama-sama produk Desaku Trading keseluruh Malaysia. Desaku Trading juga membeli semua kerepek atau biskut dari IKS ini secara tunai. Cara ini memberikan keuntungan kepada IKS dan meningkatkan risiko kepada syarikat jika terdapat sebarang masalah pada produk-produk ini. Rentetan daripada itu, masalah-masalah seperti kualiti produk yang tidak menentu dan jangka

hayat produk yang tidak lama menjadikan projek ini tidak dapat diteruskan dan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan projek bagi mengelakkan kerugian berterusan. Daripada projek 1K 1B yang kurang berjaya ini, banyak pengajaran aku perolehi untuk menguatkan lagi jati diri sebagai seorang usahawan. Aku terus fokus menjalankan bisnes Desaku Trading menjual minuman dan kordial sehingga kemuncaknya ada 35 orang pengedar seluruh Malaysia. Untuk mengawal pasaran, aku telah menetapkan radius 100KM dari syarikat Desaku Trading sebagai Safety Zone. Di kawasan safety zone ini, tiada pengedar lain dibenarkan mengedar produk Desaku Trading melainkan syarikat sendiri. Selain syarikat sendiri yang mengedarkan produk di semua kedai runcit dan pasaraya, kawasan ini dijadikan lapangan kajian bagi meningkatkan mutu penghasilan produk Desaku Trading. Konsep ini juga dapat menjamin aliran tunai syarikat sentiasa stabil untuk terus beroperasi sehingga 5 tahun. Untuk mengembangkan lagi pasaran dan menjaga aliran tunai ini, aku sendiri turut turun padang membuat penghantaran produk dari pagi sehingga malam, dari kulit aku cerah menjadi hitam legam. Segala proses pengeluaran produk aku serahkan kepada En Mohammed Huzazi yang telah berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri makanan. Walaupun telah bertungkus lumus aku berusaha menjaga aliran tunai ini, masih terdapat ketirisan dan aku berasa terlalu perit dan penat. Gred kredit/hutang yang masih tidak dapat aku kutip sehingga hari ini berjumlah hampir RM60,000. Daripada semua ini, aku dapati projek kilang Desaku Trading menghasilkan minuman dan kordial tidak dapat pergi jauh apatah lagi menjadikan aku jutawan. Keuntungan yang diperolehi tidak setimpal dengan penat lelah kerja yang dilakukan. Faktor-faktor lain seperti kenaikan harga barang dan harga petrol menjadikan lagi projek ini terancam. Walaupun Desaku Trading masih bertahan pada masa itu, aku dapati banyak kedai-kedai runcit yang kecil telah tutup dan munculnya pasaraya-pasayara besar semakin memburukkan keadaan. Taraf sosio ekonomi penduduk kampung juga telah meningkat membolehkan mereka terus mengakses ke bandar atau pekan dengan kenderaan sendiri mengurangkan kebergantungan kepada kedai-kedai runcit. Budaya masyarakat Malaysia yang telah berubah kepada makan di kedai dan restoran juga mencaras pasaran Desaku Trading. Walaupun aku dan syarikat Desaku Trading telah mencuba sedaya upaya mungkin untuk mengawal semua ini, tetapi apabila pasaran telah mengecut dan tidak memihak kepada kita, tiada apa yang dapat aku lakukan lagi untuk mencapai kejayaan.

MOTIACTION 3.4.6: PERISTIWA BERJUMPA 3 USAHAWAN BERJAYA BUMIPUTERA


 DATO’ HAJI SHAMSHUDIN BIN HJ NOR CEO PANTAI BHARU HOLDINGS SDN BHD  DATO HJ JOHARI BIN MAAROF CEO CONSOVICE VENTURE SDN BHD  DATUK HAJI MANGGAR BIN HANIFF CEO DAN PENGASAS PRODUK JENAMA ORANG KAMPUNG(OK GROUP)
Setelah aku mengambil keputusan untuk membuka industri minuman dan juga makanan, aku telah membuat beberapa perancangan terakhir. Aku terfikir dan merancang untuk bertemu tokoh – tokoh CEO syarikat bumiputera di Malaysia sepert yang dinyatakan di atas. Tujuan aku berjumpa dengan mereka adalah untuk:

  1. Meminta pandangan dan nasihat tentang strategi pemasaran untuk syarikat Desaku Trading.
  2. Mengetahui cara pekedai dan pemborong menipu pengusaha dan pengeluar seperti kami.
    Langkah yang aku buat untuk bertemu dengan 3 orang tokoh ini ialah:
  3. Menghubungi pegawai perhubungan awam setiap syarikat tersebut. Hanya 2 syarikat sahaja yang aku berjaya hubungi iaitu PANTAI BARU HOLDING dan CONSOVICE VENTURE SDN BHD
  4. Membuat janji temu dengan setiap CEO syarikat dan hadir pada waktu dan tarikh yang dijanjikan .
  5. Meminta pandangan dan nasihat dari setiap usahawan.
  6. Melakukan dan mengamalkan segala nsihat dan tunjuk ajar yang telah diberi.
    Aku telah membuat janji temu dengan CEO Pantai Baru Holding iaitu Dato’ Samsudin di Klang. Ketika hari kejadian, aku bertemu dahulu dengan pegawai perhubungan awamnya dan menyatakan yang aku sudah membuat temu janji dengan Dato’ Samsudin. Pegawai tersebut menyuruh aku menunggu sebentar di luar pejabat lebih kurang 5 minit. Setelah itu, pegawai tersebut mempersilakan aku bertemu dengan Dato’ Samsudin. Untuk pengetahuan, aku hanya memakai selipar, seluar jeans yang lusuh dan T – Shirt berwarna kuning. Ini kerana aku yakin sehebat mana pun CEO sebuah syarikat dan jika benar beliau memulakan perniagaan dari bawah, maka usahawan itu tidak akan angkuh dan sombong kerana perjuangan dan cabarannya untuk berjaya kebiasaannya akan membuatkan seseorang itu berasa rendah diri dan bersifat terbuka.
    Setelah aku memberi salam dan menghulurkan tangan, beliau menyambutnya berserta dengan senyuman dan mempersilakan aku untuk duduk. Selepas kami berdua duduk, Dato’ Samsudin bertanya kepada aku mengenai tujuan kedatangan aku untuk bertemu dengannya. Pada masa itu, aku memperkenalkan diri aku sebagai Ishak Basiran. Aku memberitahunya aku merancang untuk membuka perniagaan beverage( perniagaan minuman) yang dinamakan Desaku Trading.
    Tujuan kedatangan aku adalah untuk mengetahui dan meminta nasihat tentang pelan pemasaran dan tipu daya yang dihadapai peniaga ketika itu. Ini kerana pada zaman itu banyak berlaku kes –

kes cek tendang(cek kosong) dan menyebabkan peniaga – peniaga tertipu dan mengalami kerugian yang banyak.
Setelah aku membentangkan perancangan pemasaran aku kepada beliau, beliau memberi komen, pandangan dari sudut positif dan negatif dan beberapa tip – tip tentang penipuan, putar belit dan risiko yang akan dihadapi sekiranya aku memasarkan produk minuman ke kedai – kedai dan pemborong di pasaraya. Aku juga mengambil kesempatan dengan bertanyakan kepada beliau tentang pengalaman yang beliau hadapi dari mula perniagaan sehingga berjaya seperti itu.
Beliau menceritakan pengalamannya dengan senyuman dan senang hati. Kisahnya bermula ketika beliau memulakan perniagaan dengan menjaja ikan dan nanas dari rumah ke rumah menggunakan motor di sekitar Jenjarum, Banting dan Sejangkang sehinggalah suatu hari beliau ditakdirkan menjadi kontraktor dan membuat pelbagai projek kontrak. Segalanya berjalan lancar dan maju pada permulaannya, tetapi lama – kelamaan pelbagai masalah yang dihadapi menyebabkan beliau hampir muflis. Beliau sangat kecewa ketika itu dan pergi menunaikan umrah di Mekah dan mengambil keputusan untuk tinggal di sana.
Pada ketika itu , bapa mertua beliau datang ke Mekah untuk memujuk beliau supaya pulang ke Malaysia dan berjanji akan memberikan sedikit modal perniagaan kepada beliau untuk memulakan perniagaan yang baharu. Alhamdulillah berkat doa beliau ketika berada di Mekah, perniagaan menjual kereta yang dilakukan oleh beliau berkembang maju dengan pesatnya. Beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau dalam bidang hartanah dan industri – industri lain dan Alhamdulillah dengan izin daripada Allah S.W.T perniagaan beliau maju sehingga kini.
Pesan beliau kepada aku:
“ Jika kau nak berniaga, mulalah daripada bawah dan sentiasa mohon pertolongan daripada Allah S.W.T. Banyakkan bersabar dan bekerja keras kerana dalam perniagaan ada pasang surut dan turun naiknya. Beringat ketika kita berada di atas, bersabar ketika kita jatuh dan teruskan perjuangan di dalam perniagaan. InshaAllah jika niat kerana Allah, oergantungannya 100% kepada Allah, akhirnya kita akan berjaya.”
Ketika itu, aku mengucapkan terima kasih yang tidak ternilai kepada Dato’ Samsudin kerana memberikan nasihat yang begitu berharga. Selepas itu, Dato’ Samsudin menjamu aku dengan secawan kopi dan aku meminta izin untuk mengundur diri setelah aku menikmati kopi yang dihidangkan. Dato’ Samsudin menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dan mengucapkan:
“ Okey Ishak, aku doakan kau berjaya dalam perjuangan unutk menjadi seorang usahawan”
Aku membalasnya dengan berkata:
“ Okey terima kash Dato’ sebab doakan aku berjaya. Assalamualaikum”.
Aku pun berlalu pergi dari situ sambil berfikir dan berkata di hati :
“ Benarlah seorang usahawan yang tulen itu tidak akan sombong dan sentiasa berminda terbuka untuk berkongsi segala

pengalaman ketika beliau berjuang unutk mencapai impian menjadi usahawan berjaya”.
Seterusnya, aku telah berjaya membuat temu janji dengan Dato’ Johari Maarof, CEO Consovice Ventures. Beliau merupakan salah seorang usahawan bumiputera yang paling berjaya pada ketika itu di Kapar, Klang. Syarikat tersebut merupakan syarikat Vendor pengeluar pampers terbesar di Malaysia.
Ketika aku sampai di pejabat utamanya, aku sangat terkejut dan teruja kerana menurut pandangan aku, pejabat dan kilang syarikat tersebut sangat besar. Aku pun melangkah masuk, berjalan dengan tenang dan seperti biasalah pemakaian yang aku kenakan adalah selipar, t-shirt dan seluar jeans.
Sampai sahaja di kaunter, aku memberitahu pada penyambut tetamu yang aku ada membuat temu janji dengan Dato’ Johari Maarof pada pukul 2.00 petang. Selang beberapa minit, pekerja tersebut menyuruh aku menunggu sebentar dan menghubungi pegawai perhubungan awam Dato’ Johari. Penyambut tetamu tersebut menyuruh aku naik ke tingkat 2 kerana Dato’ sedang menunggu di pejabat beliau. Aku pon melangkah ke atas dan bertemu dengan pegawai perhubungan beliau yang berbangsa Cina. Pegawai tersebut menyuruh aku menunggu sebentar kerana Dato’ sedang sibuk di bahagian production dan menyatakan bahawa beliau akan sampai sebentar lagi.
Setibanya Dato’ Johari di situ, beliau tersenyum dan aku pun berdiri menghulurkan tangan untuk berjabat dengan beliau. Aku mengucapkan maaf pada Dato’ kerana sudah menggangu masa beliau yang sedang sibuk ketika itu. Beliau membalasnya dengan berkata:
“ Oh tak mengapa, lebih kurang 30 minit saya okay saja. Apa sebenarnya tujuan kamu ke mari?”
Aku pun menjawab:
“ Tujuan saya datang ke mari adalah untuk meminta nasihat dan oandangan tentang perniagaan yang saya nak buat. Saya nak buka syarikat.”
Tiba-tiba sahaja reaksi muka Dato; Johari berubah menunjukkan keterujaan. Beliau dengan semangatnya menjemput aku untuk masuk ke pejabat beliau. Yang paling aku terkejut ketika itu adalah aku melihat Dato’ Johari sendiri yang mengambil 2 cawan dan membancuhkan kopi untuk aku dan beliau.
Seperti biasa, aku menerangkan strategi perniagaan untuk Desaku Trading berkaitan produk minuman seperti sirap, jus buah – buahan dan kordial. Aku menerangkan kesemuanyan dan meminta beliau untuk memberi pandangan, cadangan dan saranan supaya strategi pemasaran itu lebih kemas. Beliau dengan senang hati memberi pandangannya dan aku mencatat semua yang dikatakan oleh beliau.
Aku juga meminta Dato’ Johari untuk memberikan tip – tip dan pengalaman – pengalaman beliau di masa lalu berkaitan taktik – taktik penipuan dan tipu muslihat yang boleh menyebabkan kerugian terhadap sebuah perniagaan. Ketika itu, Dato’ Johari menceritakan pengalamannya kepada aku dan berkata:
“ Sahak, dulu aku pernah buka sebuah pasaraya di Melawati. Pasaraya ini adalah antara pasaraya bumiputera Muslim yang terbesar

ketika itu. Hanya dalam masa 5 tahun sahaja pasaraya yang aku bina bertahan. Aku mengalami kerugian yang besar ”
Beliau menceritakan punca kerugian tersebut adalah kerana penggunaan kaedah Credit Card dan lain – lain. Beliau menasihati aku supaya berhati – hati dengan penggunaan cek tending. Pesan beliau yang masih aku ingat adalah:
“ Jangan sesekali terima cek! Lebih baik terima tunai sahaja kerana risiko yang besar menanti jika dilakukan sebaliknya. Jaga ‘cashflow’ atau aliran wang tuna, sebab kalau aliran wang tunai kita bocor, perniagaan kita akan lingkup. ”
Setelah itu kami pun bercerita tentang pengalaman – pengalaman dalam perniagaan. Walaupun pada peringkat awalnya Dato’ Johari mengatakan 30 minit sahaja masa untuk temu janji, tetapi perbualan kami berlanjutan menjadi 2 jam dek kerana beliau teruja bercerita pengalamannya dan aku mendengar dengan setia. Segala pengalaman – pengalaman itu menjadi inspirasi dan memberi semangat kepada aku untuk menjadi berjaya seperti beliau.
Akhir sekali, aku mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Johari kerana sudi meluangkan masa untuk saja-saja berbual dan berbesar hati berkongsi pengalaman, beri pandangan dan nasihat. Aku mendoakan semoga Allah S.W.T memberkati hidup Dato’ Johari dan memberi kejayaan kepada beliau dalam perniagaan ini.
Beliau pun bersalam erat dengan aku dan mendoakan kejayaan aku. Daripada air muka beliau, aku dapat lihat bahawa aku akan menempuh pengalaman yang sangat mencabar ketika mengejar impian untuk menjadi usahawan yang berjaya ke tahap jutawan. Beliau tersenyum lagi dan mengucapkan :
“ Selamat maju jaya, kuatkan smenagat dan never ever give up”.
Aku pun membalas:
“ InshaAllah okey terima kasih Dato’. Mudah – mudahan Dato sentiasa berjaya dan saya juga akan berjaya suatu hari nanti”.
Setelah itu, aku pun melangkah keluar dari pejabat Dato Johari yang berada di tingkat 2 dan pergi ke tingkat 1. Aku masuk ke kereta For Escort berwarna kuning susu yang lantai keretanya sudah reput dilapisi dengan 2 keping papan. Aku memulakan pemanduan dan menuju pulang ke kampung halaman aku di Bagan Nakhoda Omar dengan penuh semangat yang berkobar – kobar.
Individu ke tiga yang aku bertemu selepas itu ialah Dato’ Haji Manggar. Aku bertemu dengan beliau pada Hari Raya ke – 5 kerana kebetulan aku sedang berada di rumah bapa mertua aku di negeri Melaka. Aku mengambil kesempatan pada waktu pagi setelah sarapan roti canai di kawasan Tedung, Melaka untuk pergi ke rumah Dato’ Haji Manggar yang terletak berdekatan kawasan situ. Ketika aku tiba di rumahnya aku melihat sebuah kereta tetapi tiada orang di luar kawasan rumah beliau dan pagar masih tertutup, berkemungkinan kerana masih awal pagi lagi. Aku pun memberi salam lebih 3 kali kerana aku menjangka mereka tak dengar salam yang aku beri. Akhirnya keluar seorang mak cik dan mak cik tersebut bertanya kepada aku :
“ Ya ada apa ya?”
Aku pon menjawab:

“ Mak cik, saya nak berhari raya dan sebenarnya saya nak berjumpa dengan Dato’ Manggar untuk minta pandangan tentang perniagaan yang saya nak buat”.
Mak cik itu menyuruh aku menunggu sebentar kerana Dato’ sedang berada di bilik air. Aku pun tunggulah dekat luar hamper 20 minit sehingga aku rasa macam nak balik. Tiba – tiba sahaja Dato’ Haji Manggar keluar dan membuka pintu lalu bertanya kepada aku:
“ Ha ya, siapa ni?”
Aku memperkenalkan diri aku:
“ Saya Ishak Basiran dari Sabak Bernam, Selangor. Saya datang ni sebenarnya berniat untuk minta nasihat dari Dato’ tentang strategi pemasaran yang aku nak buat ni iaitu menjual air minuman jus ”.
Dato’ Haji Manggar pun berkata:
“Oh okey boleh tapi 5 minit sahaja sebab saya sekarang ni kebetulan sibuk”
Aku pun akur. Dato’ Haji Manggar menjemput aku masuk ke dalam rumah beliau dan duduk di ruang tamu sambil dihidangkan air dan kuih muih sempena Hari Raya. Beliau pun bertanya kepada aku tentang tujuan aku ke situ. Aku pun menceritakan seperti biasa yang aku pernah ceritakan pada usahawan – usahawan sebelum ni dan meminta pandangan dari beliau. Ketika itu beliau berkata:
“ Semuanya nampak okey dengan apa yang kau rancang, Cuma aku nak kongsikan sedikit kisah aku berniaga dulu. Sebenarnya dulu aku berniaga macam kau juga, bermula dari bawah. Selepas berhenti menjadi guru, aku membuat kerja sampingan menjual serbuk teh di pasar malam dan kedai – kedai terdekat dengan kawan – kawan sehinggalah aku mendapat idea untuk mengeluarkan produk sendiri iaitu minuman Tongkat Ali Orang Kampung dalam tin 250ml. Aku bermula dengan menggunakan satu van sama seperti yang kau rancang ni. Ini adalah cara yang terbaik untuk permulaan perniagaan.”
Beliau menyambung lagi kata – katanya:
“ Kau cuba dulu menjual dekat kedai – kedai sekitar kawasan kau lebih kurang 50m – 100m dari syarikat kau. Kau tengok sambutan macam mana yang kau dapat. Kalau kedai – kedai dan orang ramai dapat terima produk tu dan sambutan bagus, barulah kau besarkan lagi perniagaan kau. Pastikan juga jangan menggunakan Credit Card sebab kau baru berniaga, aliran wang(cash flow) belum kukuh. Kalau kau buat seperti yang aku larang, kau akan tumbang”
Itulah antara kata – kata yang sangat bermakna bagi aku. Aku berpegang dan mengamalkan apa yang telah diajari oleh usahawan – usahawan ini semasa aku berniaga ketika itu walaupun kedai – kedai ada yang meminta untuk menggunakannya dan aku tidak akan mengambil peduli apa yang mereka inginkan itu. Aku berpesan dekat mereka:
“ Tak beli banyak tak apa. Sikit pon boleh. Janji dibayar dengan tunai.”
Beliau memberitahu aku bahawa industri minuman pada masa itu adalah sangat bagus dan berpesan supaya menitik beratkan rasa dan kualiti minuman yang dikeluarkan mestilah terbaik dan disukai oleh orang ramai.
Seperti biasa juga aku bertanya mengenai penipuan yang selalu dilakukan oleh pemborong dan pekedai kepada peniaga. Beliau memberi tip – tip yang sama seperti usahawan – usahawan sebelum ini. Beliau juga

berpesan supaya selidik dan mengenali pengedar yang berurusan dengan syarikat terutama sekali tempat tinggal dan pejabat pengedar tersebut.
Setelah itu, aku memberitahu beliau bahawa aku begitu teruja dan terinspirasi dengan kejayaan beliau yang dapat membina empayar perniagaan yang begitu besar ketika itu. Boleh dikatakan semua orang kenal dengan produk yang dihasilkan oleh beliau iaitu minuman Tongkat Ali Orang Kampung. Pertemuan yang dikatakan hanya 5 minit sahaja itu berlansung sehingga lebih kurang 2 jam juga. Ini kerana kebiasaan manusia akan teruja untuk mendengar dan menceritakan kejayaan usahawan – usahawan yang bermula dari bawah sehingga berjaya.
Pengajaran yang boleh diperoleh daripada cerita ini ialah:
 Kita jangan berasa rendah diri atau malu untuk berjumpa dengan seseorang usahawan tulen yang telah berjaya. Ini kerana mereka itu pastinya seorang yang sangat ramah untuk berkongsi tentang susah payah dan jatuh bangun untuk menjadi seorang usahawan.
 Jangan sesekali menggunakan atau membenarkan penggunaan Credit Card pada awal perniagaan.

MOTIACTION 3.4.7 KISAH AKU DAN SI APEK TAUKE KEDAI RUNCIT.


“Sale is blood of the business”, pesanan keramat dari DATUK HAJI MANGGAR ini aku jadikan sebagai panduan dan penggerak dalam menjalankan perniagaan Desaku. Pesan beliau lagi, “Tumpukan lebih 90% aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada sale dan marketing kerana dari aktiviti itulah yang akan menjana keuntungan”.
Mengambil nasihat itu, aku sendiri turun padang membuka pasaran di kawasan sekitar kilang Desaku Trading dalam jarak radius 100km. Tujuan aku menetapkan hanya Desaku Trading yang boleh membuka pasaran di kawasan ini adalah untuk membuat kajian pasaran dan mengawal jualan syarikat supaya dapat dikekalkan. Aku telah pergi kesemua kedai runcit, kantin sekolah dan kedai makan atau restoan membawa produk-produk Desaku Trading untuk di jual. Alhamdulillah,dengan cara ini aku dapat mengenali dan mempelajari pelbagai kerenah tauke-tauke kedai yang terdiri dari pelbagai bangsa. Dari pengalaman ini, aku dapat membuat pelbagai penambahbaikan dari segi pembuatan produk dan juga ilmu pemasaran dan jualan aku secara peribadi.
Selain itu, kaedah ini juga dapat memberikan motivasi kepada agen-agen Desaku Trading di kawasan lain bahawa produk-produk keluaran kilang ini sangat mendapat sambutan dan mempunyai permintaan yang tinggi dari pengguna. Agen-agen ini juga tidak dapat membuat “pusing keling” atau putar belit yang boleh menjatuhkan syarikat Desaku Trading kerana syarikat telah memahami secara mendalam cara pemasaran dan jualan bagi setiap produk-produknya.
Sepanjang bergelumang di awal pembukaan syarikat Desaku Trading dan membuat aktiviti membuka pasaran ini, pelbagai kenangan dan pengalaman telah aku dapati. Ada pengalaman manis tetapi kebanyakannya adalah pengalaman pahit kerana aku masih kurang berpengalaman dan berdarah muda yang lebih banyak mengikut perasaan berbanding fikiran. Dari pelbagai pengalaman pahit itu, ada satu pengalaman yang sangat terkesan kepada aku dan memberikan impak yang sangat besar sehingga aku menjadi diri aku yang sekarang ini.

Peristiwa ini berlaku di sebuah kedai runcit yang dimiliki seorang lelaki Cina yang aku panggil “Tauke” di kawasan pekan Sekinchan, Selangor. Seperti biasa, aku membawa produk-produk keluaran kilang Desaku Trading seperti Sirap Ros, Minuman RTD Perasa Mangga,Orange,Durian Belanda,Asam Jawa dan juga Jus Kordial. Setelah berjaya membuka pasaran di beberapa kedai runcit dan kedai makan di kawasan sekitar itu, aku masuk ke kedai runcit milik “Tauke” dan beliau sedang duduk di kaunter bayaran sambil membaca surat khabar.
Aku : Selamat pagi tauke. Apa khabar?
Tauke tersentak dan terus membalas teguran aku dengan kurang sopan.
Tauke : Hah!!! Lu sapa? Lu apa mau?
Aku : Oh, ini macam tauke. Saya ada bawa produk bagus dari Desaku Trading. Ada sirap ros, minuman RTD dan jus kordial. Saya sudah jual di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Sungai Besar dan sekarang mahu cuba buka pasaran di sini. Produk ini sale sangat bagus dan permintaan sangat tinggi tauke. Tauke mahu jual produk ni?
Tauke : Oh….ni produk you ya? Tak mau…..tak mau. Ini semua produk tak boleh jual punya kat kedai saya. Saya tak mau jual. Hey!!!…..you keluarlah dari kedai saya. Saya tak mau jual you punya produk!!!.
Tauke terus mengalih dan menyambung kembali membaca surat kabar sambil mulutnya terus mencebik dan merungut dalam bahasa cina yang aku tak faham.
Sikap dan bahasa yang agak kurang ajar dari Tauke tersebut membuatkan darah muda aku menggelegak dan tanpa berfikir panjang aku terus bertindak mengikut perasaan marah dan perlahan-lahan menarik kebawah surat khabar yang dipegang Tauke dan merenung mata Tauke dengan perasaan yang cukup bengang.
Aku : Hey Tauke…..you jaga adab sikit. You cakap kasar sama orang melayu sama orang macam saya, kalau you mau cakap, you cakap baik-baik sikit. You takde hormat dan cakap takde budi bahasa. You tengok siapa you punya customer? Semua orang melayu. Orang melayu macam saya yang bagi maju you punya kedai, orang melayu macam saya yang bagi you buat untung. Saya pengusaha melayu, kilang melayu, you buat dan pandang macam sampah. Sekarang apa yang you mau? Cakap apa yang you mau!!!!
Tauke terus tergugup dan menggeletar di tempelak oleh aku.
Tauke : Okey-okey, saya bukan itu macam, you punya produk baru, saya tak boleh jual la kawan. You jangan marah sama saya.
Jawapan dari Tauke membuatkan aku lebih bengang dan kebetulan ada 3 orang melayu sedang membelek barang di kedai Tauke dan aku terus melantangkan suara kepada mereka.

Aku : Hey korang dengar ni, aku nak jual produk melayu dekat Tauke ni dia tak nak jual, korang still beli barang dan support dia niaga, tolong kayakan dia lagi tau, tapi dia sendiri tak nak bantu peniaga melayu macam aku. Mulai sekarang ni, kau orang beritahu dekat kawan-kawan tak payah beli barang dari kedai Tauke ni yang racist tak nak tolong orang melayu macam kita.
Bila aku cakap macam tu, Tauke tu terperanjat dan tergamam, selepas itu, aku keluar dengan perasaan marah, aku buka sirap yang yang berharga RM 1.20, aku jual kat depan kedai dia. Setiap orang lalu aku jual, aku cakap produk ni bagus, bau dia wangi dan rasanya pun sedap. Jadi aku jual sirap dan juga air yang aku bawa tadi tu dekat depan kedai dia, dalam kurang 10 hingga 20 minit macam tu ramai yang beli produk aku sebab kualiti dan rasa yang bagus. Tauke tu cuma tengok aku dari dalam dan terkejut. Dan lepas tu Tauke dengan gabrah terus datang dan minta maaf kepada aku.
Tauke : Haiya boss, jangan ini macam la. Okey, saya angkat you punya produk. Berapa you jual? Sambil tersengih-sengih.
Aku : Haa Tauke, you sudah nampak saya boleh jual,baru you mau angkat saya punya produk. Lain kali jangan itu macam Tauke. Kita sama-sama niaga ma, sama-sama mau bantu la.
Aku pun menjual semua baki produk keluaran Desaku Trading yang aku bawa kepada Tauke dengan tunai.
Dari pengalaman ini, banyak pengajaran telah aku perolehi. Perkara yang paling penting untuk menjadi pengedar adalah prinsip yang jelas dan kesungguhan. Tidak mudah mengalah apabila ditolak atau di perlekehkan secara tidak baik, terus tetap dengan matlamat untuk menjual produk dengan cara yang berhemah dan bijak.
Walaupun pada awalnya ramai pekedai-pekedai ini yang menolak produk aku, tetapi setelah menunjukkan prinsip dan kesungguhan aku, mereka melihat perbezaan dan dapat menerima serta akan membeli produk –produk yang aku jual dengan tanpa kerenah lagi walaupun secara tunai bukan kredit seperti kebiasaannya.
Selain itu, kerana aku yang membuka pasaran ini dapat juga meningkatkan kualiti servis untuk syarikat dan dari maklum balas pekedai berkenaan produk-produk Desaku Trading ini dapat lagi meningkatkan kualiti produk dan mengatasi kelemahan yang ada. Mereka juga lebih yakin dengan syarikat Desaku Trading kerana aku sendiri sebagai pemilik menjadi penjamin kepada semua urusan niaga ini. Walaupun untuk kali pertama sahaja aku yang pergi membuka pasaran dan seterusnya di sambung oleh agen-agen terpilih, mereka tetap yakin kerana aku telah meninggalkan semua maklumat perhubungan jika terdapat masalah kelak.
Dari kaedah ini juga, syarikat Desaku Trading dapat membuat pangkalan data senarai kedai, senarai pemborong besar dan kecil yang tersusun dan mudah di kemaskini. Sistem pengkalan data ini

sangat membantu dalam pengurusan dan pencarian data apabila sesuatu situasi yang memerlukan.
Itulah perkongsian kenangan aku yang tak dapat aku lupakan ketika aku meniaga jus minuman jenama DESAKU. Dan itu adalah satu pengalaman yang aku tak dapat lupakan walaupun aku cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan DESAKU TRANDING ini. Aku terpaksa menutup bisnes ini kerana bisnes ini masa depannya agak sukar dan tidak menjamin untuk aku mendapat kebebasan kewangan ,kebebasan masa, dan kesihatan.

MOTIACTION 3.4.8 KISAH MENGHANTAR JUS DAN KORDIAL SEJAUH 500KM


Pengalaman yang aku ingin kongsikan ini adalah satu peristiwa yang menjadi satu turning point membuatkan aku berbelah bagi untuk meneruskan projek kilang Desaku Trading. Peristiwa ini benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal aku yang telah 3 tahun menjalankan projek Desaku Trading ini.
Pada kebiasannya di bulan Ramadhan permintaan jus kordial Desaku Trading akan meningkat disebabkan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma. Aku mengambil peluang ini dengan meningkatkan pengeluaran kordial sehingga pekerja perlu overtime sehingga waktu malam bagi menyiapkan tempahan-tempahan dari agen-agen seluruh Malaysia. Untuk melancarkan lagi jualan, aku turut sama turun bekerja membuat penghantaran kordial-kordial ini ke tempat agen di seluruh Malaysia dengan van Ford using bersama rakan kongsi niaga Azmi.
Ramadhan ke 7 tahun 2004, satu tempahan sebanyak 500 botol kordial 3 Liter diperolehi dari agen di Kulai, Johor. Memandangkan tempahan yang banyak, aku dan Azmi terpaksa membuat penghantaran secara percuma kepada agen tersebut. Untuk jimatkan kos, aku mengelak untuk menyewa lori dan berkeras untuk menghantar menggunakan van Ford usang yang sedia ada.
Setelah semua kordial berjaya disediakan, 500 botol kordial disumbatkan kedalam van dengan jumlah berat sehingga 1,500 Liter dan telah lebih muatan sebenar van yang sepatutnya hanya boleh menampung sehingaa 800Kg @ Liter muatan. Aku dan Azmi tekadkan juga dan bertolak dari Kilang Desaku Trading di BNO, Sabak Bernam pada pukul 7.00 pagi untuk perjalanan anggaran sejauh 450 kilometer dan anggaran masa perjalanan 7 jam. Dari kilang aku memandu dahulu dan kerana van telah lebih muatan, kelajuan maksima yang dapat di capai hanya 60-70Km/J sahaja. Untuk sampai ke Kuala Selangor, yang berjarak hanya lebih kurang 90Km, mengambil masa hampir 3 jam setengah dan kami berhenti di Petronas Kuala Selangor untuk berehat sebentar dan tukar posisi pemandu.
Dari Kuala Selangor dan seterusnya aku serahkan Azmi untuk memandu kerana aku dah tak tahan. Untuk jimatkan kos, kami menggunakan jalan alternatif Bukit Cerakah, Kapar kerana tiada tol dan terus masuk ke lebuhraya Elite untuk menuju ke Kulai, Johor. Jalan alternatif yang digunakan adalah kawasan berbukit dan van bergerak lebih perlahan dan sentiasa mengaum mengeluarkan asap putih berkepul-kepul. Sampai di susur masuk ke lebuhraya Elite,

tiba-tiba van berhenti mendadak dan mengeluarkan asap putih dari enjin. Dengan cemasnya Azmi terus menarik handbrake dan terus membuka pintu dan berlari keluar menyelamatkan diri. Aku terpinga-pinga dan tanpa berfikir panjang terus mencapai kunci untuk mematikan enjin dan terus berlari keluar menyelamatkan diri takut van terbakar. Walaupun kunci telah dicabut, enjin van masih mengaum dan terus mengeluarkan asap putih yang berkepul-kepul. Aku cuba memberanikan diri untuk membuka bahagian enjin untuk mencabut bateri tetapi asap semakin banyak dan enjin berbunyi semakin kuat aku tidak jadi untuk berani-berani mencuba kerana risiko sangat tinggi. Setelah beberapa ketika, enjin mengaum dengan kuat dan terus mengeluarkan asap putih dan mati secara mendadak.
Aku cuba melihat masalah pada enjin tetapi semuanya Nampak baik sahaja. Bila di hidupkan masih boleh tapi keluar asap pekat. Aku teingat kawan bernama Tukimon yang handal bab enjin kenderaan dan terus hubungi beliau untuk minta bantuan. Selepas menunggu hampir 40 minit, Tukimon datang dari Shah Alam dan terus melihat van aku. Selepas di belek-belek, Tukimon pun tak dapat mengesan apa masalah enjin van aku. Setelah berbincang, Tukimon cadangkan untuk bawa van perlahan-lahan ke bengkel kereta di Glenmarrie.
Aku memandu dan Azmi duduk disebelah dambil memngekori Tukimon di hadapan. Setelah 1 jam baru sampai di bengkel dan terus tauke bengkel datang tengokkan van aku. Setelah di periksa, rupa-rupanya terlebih isi minyak hitam. Azmi tersengih-sengih kerana dia yang masukkan minyak hitam tu sebelum bertolak pagi tadi. Sebab tu enjin mengaum dan keluarkan asap putih berkepul-kepul. Tauke bengkel memberi jaminan enjin masih boleh berfungsi dan setelah di repair, enjin berfungsi seperti biasa dan tiada lagi asap berkepul-kepul.
Aku dan Azmi meneruskan perjalanan menghantar barang ke Johor setelah tertunda hampir 5 jam. Dengan terkedek-kedek Azmi memandu di lorong kiri lebuhraya dan terpaksa berhenti beberapa kali di kawasan RnR untuk berehat dan berbuka puasa. Setelah seharian di atas jalan raya, aku dan Azmi berjaya sampai ke Felda Kulai pada pukul 4 pagi di rumah pemborong kordial tersebut. Mujur pemborong itu dah bangun untuk menyiapkan sahur, kalau tidak terpaksalah kami menunggu lagi. Setelah menurunkan semua kordial, kami berehat sebentar dan bersahur. Sebelum kami mahu bertolak balik, pemborong tersebut berdolak dalik memberi alasan dan hanya mahu membayar separuh sahaja wang belian kordial tersebut tidak seperti yang di janjikan sebelum ini. Memandangkan aku dan Azmi dah terlalu penat dan memikirkan terpaksa memandu balik ke Sabak Bernam, aku terpaksa terima juga bayaran

itu untuk tidak memanjangkan cerita. Bakinya pemborong berjanji akan bayar setelah semua kordial berjaya di jual.
Dalam perjalanan pulang, aku memandu dari Felda Kulai dan Azmi tidur kepenatan disebelah. Sambil memandu dalam keheningan pagi, aku mula terfikir masa hadapan projek kilang kordial Desaku ini. Bukan sekali dua aku ditipu oleh pemborong atau tauke kedai seperti hari ini. Walaupun telah aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan urusniaga kredit, tetapi terjadi juga kerana melibatkan pelbagai pihak. Semakin hari juga kerja semakin bertambah, letih pergi kerja pagi balik sehingga lewat malam usah dicerita. Keuntungan juga tidak meningkat walaupun telah hampir 3 tahun projek Desaku ini berjalan.
Walaupun pada masa yang sama Kilang elektronik masih beroperasi, keuntungan yang diterima tidak berbaloi dengan kerja yang di jalankan. Sehingga satu tahap aku tiada wang untuk membayar gaji pekerja dan ketika hari raya, tiada pakaian baru untuk anak-anak aku yang masih kecil. Hanya cukup wang untuk membeli makanan dan persiapan raya ala kadar untuk keluarga aku dan mak ayah aku sekali.
Aku berasakan amat perit untuk meneruskan projek Desaku dan kilang elektronik ini. Aku hampir patah semangat dan berputus asa. Jika tidak mengenangkan impian yang aku telah tetapkan dan tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga, aku telah lama berpatah balik bekerja semula sebagai jurutera.

MOTIACTION 3.4.9
MERANCANG UNTUK MEMBERHENTIKAN PROJEK KILANG MINUMAN DESAKU TRADING.

Daripada analisa dan juga pengalaman menjalankan projek menjual air minuman DESAKU TREDING selama lebih kurang 5 tahun, aku mendapati projek ini sebenarnya tidak boleh menjana pendapatan yang lumayan dan membolehkan aku untuk mencapai impian menjadi usahawan tahap jutawan. Ini desebabkan banyak faktor antaranya ialah :-

  1. Yang pertama trend pasaran dan minat pengguna ketika itu dan masa depan banyak berubah daripada minum air didalam tin, botol kepada minum air panas dan jus blender.
  2. Pada ketika itu dan masa depan aku meramalkan banyak kedai-kedai runcit tepi jalan dihujung kampung akan tutup disebabkan orang ramai lebih gemar pergi ke bandar untuk membeli di mini market dan super market kerana harganya lebih murah dan juga banyak pilihan.
  3. Sepanjang aku berniaga selama 3 tahun bila dikaji dari segi untung rugi, lihat daripada profit lost record yang kita analisa, memang pencapaiannya tidak memuaskan. Jadi aku membuat kesimpulan bahawa, projek kilang mengeluarkan air minuman DESAKU TRADING ini bukanlah satu projek yang berdaya maju dan boleh mencatatkan keuntungan yang baik.
  4. Projek ini mempunyai risiko yang besar dari segi hutang yang tidak berbayar daripada kedai-kedai runcit dan juga pemborong. Walaupun strategi DESAKU TRADING sedaya upaya untuk mengelakkan daripada pemborong dan kedai-kedai runcit berhutang tetapi kita dapati secara realitinya sangat sukar untuk kita mendapatkan bayaran tunai. Anggaran kira-kira 30% pelanggan kita akan memberi cek atau pun kredit. Dan sepanjang perniagaan itu jumlah hutang yang tidak boleh di ambil lebih kurang RM30,000.00
    Daripada analisa terperinci yang telah aku lakukan, aku telah buat keputusan akan menutup secara berperingkat peringkat projek ini, hanya akan membuat minuman jus kordial ketika musim perayaan. Dan memang benarlah seperti mana yang aku rancang. Akhirnya aku mengecilkan proses pengeluaran dan seterusnya aku mendapat menemui bisnes yang lebih berpontensi yang menjana pendapatan yang baik aku telah membuat keputusan untuk berhenti bisnes membuat kordial dan minuman air.

MOTIACTION 3.4.10
KISAH PENUBUHAN KILANG MINYAK KELAPA DARA DAN HERBA


Setelah beberapa lama membuat kajian yang mendalam dan terperinci, berdasarkan kepada pengalaman dua bisnes utama iaitu kilang elektronik dan juga kilang minuman berjenama DESAKU yang kalau digabungkan pengalaman itu lebih kurang 7 hingga 8 tahun, maka aku membuat kesimpulan untuk menubuhkan bisnes baru dan bisnes yang ke-3 ini mestilah dibuat dengan penuh berhati-hati. Aku berharap bisnes yang ketiga ini mampu untuk membantu dan berharap jenis bisnes ketiga yang dipilih adalah betul dan tepat untuk membantu aku mencapai impian menjadi usahawan berjaya ke tahap jutawan, maka aku menggariskan beberapa perkara asas yang aku hendak capai di dalam business baru ini. Yang pertama business itu mestilah sangat menguntungkan, dimana permintaannya sangat tinggi tetapi risikonnya sangat kecil. Yang kedua, bisnes itu mestilah tidak ada masalah kredit, masalah kredit merupakan punca kebanyakan bisnes gulung tikar. Yang ketiga, mampu memberikan 4 perkara berikut iaitu kebebasan kewangan, masa, kesihatan dan barakah yang akan membantu aku menjadi manusia yang Berjaya didunia dan akhirat.
Setelah sekian lama mengkaji dan mengambil kira perkembangan-perkembangan terkini di dalam dunia bisnes dan membuat kajian suasana pasaran di masa depan, maka pada ketika itu aku membuat keputusan untuk mencuba perniagaan marketing secara online, dimana pada tahun 2005 itu, penggunaan internet mula mendapat tempat dan perhatian masyarakat. Jadi persoalannya ialah produk apa yang aku nak jual secara online di internet? Kerana perniagaan- secara marketing online ini mesti menepati tiga ciri yang aku sebutkan tadi. Daripada situ aku memikirkan produk apa yang paling sesuai, dimana produk itu mestilah yang pertama mendapat permintaan yang sangat tinggi, yang kedua mestilah mudah untuk viral secara online dimana boleh mewujudkan suasana pelanggan itu sangat teruja dan ghairah untuk membeli dan membayar terlebih dahulu kemudian syarikat akan menghantar secara pos laju kepada pelanggan. Sekiranya ini berjaya dilakukan maka masalah kredit daripada pelanggan itu atau daripada orang tengah, pekedai atau pemborong dapat diatasi 100%. Yang ketiga produk itu juga mestilah mempunyai secara berterusan sales yang tinggi dan mudah dipromosikan oleh pengguna-pengguna kepada rakan-rakan hasil daripada keberkesanan kualiti produk itu dan tahap kepuasan pelanggan yang cukup tinggi.
Alhamdulillah setelah sekian lama membuat pencarian dan penyelidikan. Pada suatu hari, ketika aku pergi kenduri di rumah anak sepupu di kampung Sungai Tengar, aku terpandang seorang rakan yang tinggal satu bilik dengan aku ketika menunaikan fardhu haji pada tahun 2002, ketika itu beliau sedang masak nasi kawah, mungkin kerana suhunya panas dia tidak memakai songkok dan terkejut aku

apabila melihat yang kepalanya dulu yang botak kini dipenuhi banyak anak rambut, lalu aku mendekati beliau dan menegur…
“Assalamualaikum, Ya Ang, apa khabar”
“Baik Alhamdulillah” dia pun tersenyum pandang aku,
“Hey aku terkejut tengok kau la, dulu kau botak habis macam cermin, sekarang tumbuh banyak anak rambut pulak kat atas kepala, apa yang kau pakai”
Lalu sahabat aku pun beritahu..
“Ala.. aku guna tu, minyak kelapa putih yang ambik daripada kelapa yang tumbuh, kelapa itu daripada kelapa tua, kita perah dia, selepas itu, kita jemur dia, kemudian kita ambik minyak kat belah atas tu, warna putih”
“Minyak kelapa putih ?”
Lepastu aku cakap kat dia “boleh aku tengok tak”
Dia kata.. “boleh sahaja, nanti lepas kenduri datang rumah”
Jadi lepastu aku datang ke rumah dia, aku tengok minyak itu dan aku berkata..
“Ohh.. ini mungkin minyak kelapa dara, yang sekarang ni tengah diperkatakan oleh masyarakat, kementerian pertanian pun ada sebut”
Mungkinlah kata dia, jadi daripada situ aku pun kajian, dan akhirnya membuat keputusan untuk mencuba menjual minyak kelapa dara secara online dan pembekal utamanya si Lei Ang, pada permulaannya, kita promote menggunakan email kepada rakan-rakan dan juga melalui telefon dan aku promote, kuantiti permintaannya tak tinggi pada peringkat awal, satu hari dapat satu botol hinga 3 botol, yang paling lucu, label produk itu aku print sendiri menggunakan printer colour dan kotak yang sama, print sendiri menggunakan printer colour dan potong menggunakan pembaris gunting dan pisau, dan menggunakan pelekat (sticker) gam gajah yang lain, dan gam uhu yang kuat untuk dilekatkan.
Alhamdulillah, tak sangka semakin lama semakin meningkat permintaan, daripada tiga botol sehari purata menjadi 5 botol, 10 botol, 20 botol, dan bila permintaan semakin tinggi, barulah aku print secara standard industri, kotaknya dan juga labelnya. Pada ketika itu masalah kedua yang aku hadapi ialah minyaknya, daripada Ya Ang ni selalu terputus dan ada masalah kualiti, berbau tengik, dan setelah itu, untuk menghasilkan minyak kelapa dara, aku offer kepada rakan-rakanku, tetapi mempunyai masalah iaitu kualiti mudah tengik, dan akhirnya aku membuat keputusan jika bisnesnya tak boleh berkembang, dan aku buat keputusan untuk memproses minyak secara sistematik dengan menggunakan teknik juga beberapa teknologi yang aku sendiri study, dan teknik ini hanya digunapakai oleh syarikat aku untuk menghasilkan minyak kelapa dara dimana

minyak kelapa dara itu baunya begitu lembut dan teksturnya begitu halus, yang apabila disapu dengan tangan boleh meresap dengan cepat, syukur kepada Allah SWT kualiti minyak kelapa dara yang dihasilkan cukup tinggi dan merupakan antara kualiti yang terbaik didunia yang berjaya aku keluarkan.
Daripada 1 produk minyak kelapa dara sahaja, aku dapati ianya tidak cukup kuat untuk menjayakan aku sebagai seorang usahawan Berjaya ke tahap jutawan, perlu ada produk-produk lain yang killer, yang boleh meletup di pasaran, jadi aku berfikir bagaimana untuk dapat menghasilkan produk yang mempunyai permintaan secara semula jadinya cukup tinggi, jadi aku berdoa kepada Allah SWT supaya Allah memberikan idea dan menemukan aku dengan produk yang aku impikan itu.

MOTIACTION 3.4.11
KISAH SEORANG TERUNA BERKAHWIN DENGAN SEORANG JANDA, IDEA PENGHASILAN PRODUK LOSYEN POWER 31.


Pada suatu petang, aku berjalan di kampung Sungai Tengar dan kebetulan pada ketika itu sepupu aku Idah dan suami nya G, ada membuka gerai kecil di depan rumah. Aku pun singgah untuk makan mee goreng dan minum teh tarik. Dalam waktu yang sama ada seorang rakan sedang memancing ikan haruan menggunakan gewang, lalu aku mengahampiri beliau untuk melihat berapa ekor ikan haruan yang dia dapat, pada ketika itu beliau bersuara,
“Eh sahak aku dengar cerita kau ni dah buka kilang produk dah buat macam-macam produk, yang terbaru ni aku dengar kau ada jual minyak kelapa dara ye?” dia bertanya kepada aku.
Aku pun menjawab, “haah betul tu.”
Dan beliau berkata “boleh tak kau tolong aku?”
Aku pun bertanya “apa masalah kau?”
Dia pun menceritakan masalahnya, “ masalah aku ni sahak, aku ni kawin dengan seorang janda , kau pun tau dia penuh dengan pengalaman berasmara, sedangkan aku ni teruna ting ting, jadi setiap kali kami belayar aku , batang layar aku patah dulu kena tiup ribut yang kencang. aku karam dulu, sudahnya isteri aku mengamuk dan komplem, dia cakap kat aku “apa la abang ni asyik patah layar je, belum sampai ke destinasi lagi , tak boleh la macam ni asyik abang je yang karam sedangkan saya belum lagi”.
Aku pun berkata, “Sampai macam tu sekali.”
Dia pun menyambung , “ ya , pernah sekali isteri aku bengang sangat dia teranjang aku terjatuh dari atas katil.
Aku pun ketawa terbahak bahak bila dengar dia bercerita tentang dia dan isterinya.
Dia memandangkan aku lalu berkata, “kau jangan gelak sahak, cerita betul, kau tolong lah aku cari idea, pening kepala aku ni, ni masalah besar kau tahu tak.”
Lalu aku pun berkata pada dia, “okay-okay… bagi aku masa tiga hari untuk aku memikirkan macam mana bantu kau ni”.
Jadi dari peristiwa inilah aku dapat idea .. ooooo inilah produk yang aku cari-cari, kalau aku dapat mencipta satu produk yang boleh menyebabkan para suami tidak patah layar dan tidak termuntah ketika bersama isteri pasti produk ini boleh meletup, bukan setakat satu Malaysia tapi satu dunia. Jenuh la aku memikir kan formula tu.

Jadi daripada situlah aku membuat beberapa formula percubaan, dan setelah tiga hari seperti yang dijanjikan, aku pun pergi mecari kawan aku ni dirumah dia dan aku memberikan sample produk itu.
“okay man, kau guna produk ini nanti kau hantar SMS dekat aku, okay ke tak okay? Cara pakai dia 3 jam sebelum bersama.”
Jadi keesokan harinya aku menghantar SMS kepada kawan aku, “(man dah try belum? Berapa gol keputusannya?)”
Dia pun menjawab “(satu sama.)”
Maksudnya kalau satu sama ni suami dan isteri mendapat klimaks yang sama satu suami satu isteri. Dan selepas itu aku jumpa dia dan bincang ,
“okay cuba kau cerita sikit komen sikit macam mana?”
Selepas itu man bagitahu aku “ boleh tak kau buat supaya isteri aku dapat dua atau tiga kali, suami klimaks sekali tapi isteri boleh klimaks banyak kali baru suami klimaks?” itu permintaan dia.
Lalu aku pun berkata, “ okay- okay aku akan cuba.”
Dan selepas itu aku baiki formula itu dan aku beri kepada beberapa rakan yang lain. Adalah dalam lima orang rakan, dan setiap pagi aku akan menghantar SMS dekat diorang dan tanya berapa keputusan, jadi diorang jawab satu sama, dua satu, tiga satu dan pada akhirnya hari-hari yang berikutnya bila aku selalu tanya, kebanyakan keputusannya tiga satu. Maksudnya, isteri mencapai klimaks tiga kali dan suami baru sekali, bermaksud para isteri cukup puas sebelum suami mencapai klimaks.
Daripada situlah terciptanya jenama produk MINYAK POWER 31, diperkaya dengan vco iaitu minyak kelapa dara. MiNYAK POWER 1 ini akhirnya cukup terkenal dipasaran online di internet sehingga selebriti, orang-orang yang berpengaruh dalam politik dan juga agensi kerajaan. Ada juga datin-datin membeli untuk suami-suami mereka. Dan daripada sinilah BIO ASLI yang dipasarkan secara online menjana pendapatan yang lumayan hingga menjadikan aku usahawan yang berjaya dalam masa dua tahun berniaga secara online dengan menggunakan jenama BIO ASLI.
Dan daripada satu produk asalnya minyak kelapa dara dan aku eksplore untuk mengembangkan kepelbagai jenis produk, yang kesemuanya ada 30 jenis produk yang dikeluarkan oleh jenama BIO ASLI. Alhamdulillah cukup setakat ini.

MOTIACTION 3.4.12
MENUNAIKAN HAJI KALI UNTUK KE – 2 DAN KATA-KATA TERAKHIR BAPAKU.


Disebabkan Habibah (isteri pertama) belum menunaikan fardhu haji, hati aku berasa agak gelisah kerana rukun haji adalah rukun Islam yang ke 5. Ini bermakna sesiapa yang mampu tetapi tidak menunaikannya, rukun Islam-nya tidak sempurna. Berdasarkan keyakinan itu, maka aku tekad untuk menyelesaikan tanggungjawab rukun Islam yang ke 5 ini untuk Habibah kerana sebagai seorang suami, jika isteri tidak selesai rukun Islam-nya, maka aku juga akan terkesan di akhirat nanti. Aku berniat untuk pergi menunaikan haji bersama – sama ibuku dan Habibah, meskipun ini Haji kali ke – 2 untuk aku dan ibuku. Alhamdulillah seperti yang dirancang, aku telah mendapat tawaran daripada pihak swasta yang menyatakan aku dibenarkan unutk menunaikan fardhu haji kali ke – 2 bersama ibuku dan Habibah.
Pada masa itu aku juga menawarkan kepada bapaku untuk menunaikan haji bersama dan merancang untuk meminta bantuan kakak aku, Rozizah untuk menjaga anak – anak aku iaitu Ali, Zaid dan Rina di rumahnya terletak di Johan Setia, Klang. Tetapi bapaku menolak ajakan aku kerana beliau menyatakan yang beliau bersyukur sangat kerana beliau sudah menunaikan haji pada tahun 2002 dan telah menunaikan umrah bersama seorang pekerja aku yang digelar Encik Mat dan ibuku. Aku masih ingat lagi, pada waktu pagi ketika aku nak berangkat untuk menunaikan Haji di rumah B.N.O, aku bercakap dengan bapaku:
“Okey pak, doakan aku, Habibah dan Mak selamat pergi dan selamat kembali menunaikan fardhu haji”.
Bapaku membalas:
“Yelah, InshaAllah bapa doakan semuanya berjalan lancar dan selamat”
Dan bapaku bergurau
“Kalau ada umur panjang kita berjumpa lagi, tetapi kalau tiada, ini mungkin kali terakhir kita berjumpa” sambil tersenyum dan ketawa. Aku pun hanya senyum sahaja dengan gurauannya.
Setelah bersalaman dan berpelukan di petang harinya, aku pun bertolak bersama – sama ibuku, Habibah dan anak – anak aku dengan menaiki kereta yang dipandu oleh seorang pekerja aku ke Tabung Haji Kelana Jaya. Bapaku mengambil keputusan untuk tidak ikut menghantar aku ke sana kerana pening kepala dan ingin berehat di rumah aku dan menjaga rumah dan kucing anak – anak aku. Keluarga kakak dan abang aku mengambil keputusan untuk bergerak sendirian dan berjumpa aku di Tabung Haji Kelana Jaya kerana rumah mereka berdekatan di situ.
Alhamdulillah kami berjaya berangkat ke sana tanpa sebarang masalah teknikal. Setibanya di Lapangan Terbang King Abd. Aziz di Jeddah, kami telah check out dan menaiki bas unutk menuju ke Mekah. Dalam perjalanan menuju ke Mekah, waktu itu aku tengah mengerjakan fardhu haji Tamattu’, aku duduk di barisan kerusi belakang bas dan secara tiba – tiba aku mendapat satu mesej dari telefon bimbit yang dihantar oleh anak aku, Rina yang memberitahu:
“Ayah, atuk accident dan cedera teruk”
Aku mendapat tahu bahawa ketika itu bapaku baru sahaja selesai bersarapan di kedai makan B.N.O dan ingin pulang ke rumahnya sebentar

di Sungai Tengar dengan menaiki motosikal. Ketika menunggang motosikal itu bapaku berada dalam keadaan pitam dan pening, lalu terjatuh dan mengalami kemalangan akibat geseran dan terhimpit dengan sebuah kereta yang lalu ketika itu. Pada permulaannya bapaku dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam tetapi di tolak dan dihantar ke Hospital Klang, Hospital Klang tidak dapat menerima bapaku disebabkan keadaannya yang kritikal dan berlaku pendarahan di kepala, lalu mereka mengejarkannya ke Hospital Sungai Buloh.
Ketika bapaku dikejarkan ke hospital, Encik Mat lah yang menemani bapaku di dalam ambulan dari awal perjalanan sehingga tiba di Hospital Sungai Buloh. Encik Mat memaklumkan tentang keadaan bapaku dan sewaktu itulah aku dapat merasakan yang kemalangan yang bapaku alami adalah sangat serius.
Ketika aku terlihat mesej itu, aku terkejut dan berfikir samada perlu atau tidak untuk aku beritahu ibu dan isteriku Habibah mengenai hal ini. Setelah setengah jam aku berfikir, aku mengambil keputusan untuk memberitahu pada ibuku dengan berkata:
“Mak, bapa kemalangan jatuh motosikal, sikit sahaja dan sekarang dirawat di Hospital Sabak Bernam”.
Reaksi ibuku terkejut tetapi masih dalam keadaan bertenang dan berkata:
“Biasalah bapa kau ni memang dah berumur. Banyak kali jatuh motosikal. Kita doakanlah semuanya berjalan dengan baik”.
Selepas itu aku menghubungi keluarga dari masa ke semasa untuk bertanya khabar. Kakak dan abang ipar aku yang menjaga bapaku di hospital setiap hari di ICU. Selepas 3 hari bapaku di ward ICU, akhirnya bapaku ditempat di ward biasa. Sepanjang masa itu, setiap kali aku melakukaan tawaf di Masjid Al-Haram, aku akan mendoakan supaya bapaku kembali pulih seperti biasa.
Akan tetapi, selang 2 hari selepas ditempatkan di ward biasa, ketika hampir waktu subuh di Mekah, aku telah menerima satu panggilan telefon daripada abang ipar aku yang mengatakan bapaku telah kembali ke Rahmatullah pada Hari Jumaat bersamaan dengan hari ke – 5 aku menunaikan haji. Aku cukup terkejut dan terduduk sekejap tetapi aku tidak menangis ketika itu. Lalu sahabat sebilik aku yang ingin bersiap – siap pergi ke Masjid Al-Haram untuk menunaikan solat Subuh pelik tengok keadaan aku yang seperti tu dan bertanyakan kepada aku:
“Kenapa Sahak?”
Aku pun memberitahunya bahawa aku baru sahaja mendapat berita yang bapaku telah meninggal dunia sebentar tadi. Mereka semua mengucapkan takziah dan mereka juga hairan melihat keadaan aku yang tidak menangis dan bertanyakan kepada aku mengapa kau tidak menangis. Aku menjawab dangan hairan:
“Entahlah, tak menangis pula aku ni”
Setelah itu, aku menyuruh kawan – kawan aku meneruskan niat mereka untuk solat Subuh di Masjid Al-Haram dan aku hanya bersolat di bilik sahaja kerana selepas sahaja solat Subuh, aku hendak berjumpa dengan ibuku dan isteriku aku mengkhabarkan berita sedih ini.
Ketika aku mengangkat takbir solat Subuh, “Allahu Akbar” , pada waktu inilah air mata aku berlinangan sederas – derasnya dan aku menangis mengenangkan pada hari ini, waktu Subuh ini, bahawa ayah kandung aku yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang telah meninggalkan aku untuk selama – lamanya pergi menuju Sang Pencipta iaitu Allah SWT.

Aku tidak putus – putus berdoa agar roh bapaku ditempatkan bersama denga orang – orang yang beriman.
Selepas solat subuh, aku pergi ke bilik ibu dan isteriku Habibah. Aku memberi salam dan menjemput ibuku dan isteriku untuk duduk di ruang tamu di luar bilik. Aku pun mengkhabarkan berita sedih itu berkata :
“Bapa telah meninggal”
Ibuku dengan tenang menerima berita itu sambil menarik nafas yang panjang dan mengucapkan:
“Inna lillahi wa inna ilahi raajiuun”
Semoga roh arwah bapaku ditempatkan bersama dengan orang – orang beriman. Aku dapat melihat yang ibuku dan isteriku berada dalam keadaan yang begitu sedih. Kami bertiga begitu sedih kerana tidak dapat menatap wajah arwah bapaku untuk kali yang terakhir sebelum dimasukkan ke liang lahad kerana kami berada di Tanah Suci Mekah. Ketika itu jugalah aku terbayang wajah terakhir bapaku semasa bapaku berdiri melihat kami berangkat dari rumah untuk menuju ke Kompleks Tabung Haji.
Jadi aku mengambil kesempatan ketika berada di Mekah dengan mendoakan bapaku sepanjang waktu supaya diampunkan segala dosa – dosanya, tempatkan bersama orang – orang beriman dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T segala dosa – doanya ketika di dunia.
Aku meminta tolong daripada keluarga, saudara – mara dan pekerja – pekerja aku untuk membantu menguruskan dan menyempurnakan jenazah arwah bapaku. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan bapaku selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Tengar Utara. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang telah membantu menguruskan jenazah bapaku. Cukuplah sampai sini sahaja aku cerita kisah ini. Al-Fatihah.

MOTIACTION 3.4.13
KISAH PENUTUPAN KILANG ELEKTRONIK TEKNOLOGI DESA HIJAU TAHUN 2002


Seperti sedia maklum, aku bermula dengan sebuah kilang elektronik Teknologi Desa Hijau sebagai vendor kepada Syarikat Tamura Malaysia. Kisah susah senang membangunkan kilang ini aku akan ceritakan di bahagian yang lain. Apa yang aku akan ceritakan disini adalah perkongsian mengenai kesilapan besar yang aku telah lakukan ketika menjalankan perniagaan. Sepanjang lebih kurang enam tahun menjalankan kilang elektronik ini, dalam tempoh itu aku telah menawarkan saham percuma kepada adik beradik dan juga dua orang rakan di Teknologi Desa Hijau tanpa mengeluarkan modal sebagai hadiah kepada mereka. Saham itu adalah sebagai menghargai sumbangan mereka bekerja di kilang aku dan menjadikan jumlah pemegang saham di syarikat ini seramai 5 orang termasuk aku sebagai pemegang saham terbesar.
Apa yang aku rancang tidak menjadi seperti apa yang di harapkan. Aku berharap dengan pemberian hadiah percuma ini, akan mengembangkan lagi syarikat dengan kerjasama dan idea-idea baru daripada mereka. Rupa-rupanya kesilapan aku kerana memberikan saham secara percuma. Sepanjang 6 tahun kilang ini beroperasi, mereka tidak memberikan sebarang bantuan malah tidak mempunyai pendapat yang sama. Masing-masing hanya pandai berkata-kata tetapi tiada tindakan yang diambil. Hanya aku yang bertungkus lumus menjalankan operasi kilang dan memastikan kilang tidak bankrap dan pekerja mendapat bahagian mereka yang sepatutnya.
Kemuncak masalah ini meletus ialah pada tahun 2002. Di mana pada ketika itu syarikat dapat mengumpulkan duit lebihan dari bayaran tempahan kerja-kerja dari vendor bagi tahun sebelumnya dan selepas ditolak kos dan bayaran gaji pekerja yang tertunggak, lebihan duit berjumlah lebih kurang RM200,000 berjaya di kumpulkan. Walaupun pada ketika itu, situasi kilang adalah masih tidak stabil dengan kebiasaannya setengah tahun pertama tempahan banyak dan setengah tahunnya pula tiada tempahan menyebabkan syarikat kadang-kadang tiada untung dan tidak dapat membayar gaji pekerja.
Aku bercadang daripada duit yang dapat dikumpulkan itu, separuh daripadanya aku niatkan untuk disumbangkan kepada jalan jihad untuk membantu sesama muslim. Cadangan itu, semua pemegang saham percuma itu tidak berpuas hati dan mahukan semua wang itu di bahagikan kepada mereka. Mereka mempersoalkan pembayaran keuntungan pada tahun-tahun sebelum ini yang sedikit dan di bayar secara ansuran. Apabila mereka mendapati wang terkumpul kali ini lebih besar, mereka berasa tamak kerana mahukan keuntungan percuma. Walaupun aku berkeras mahu lakukan sedekah demi untuk keberkatan berniaga, mereka terus menentang dan tidak menimbangkan kepentingan syarikat.

Aku merasa sangat kecewa dengan mereka dan strategi aku untuk membantu mereka secara percuma telah memakan diri. Aku cukup berhati-hati dengan perbelanjaan syarikat kerana takut menggunakan bahagian saham daripada orang lain. Walaupun pengorbanan dan kerja keras untuk membangunkan syarikat ini terlalu banyak, mereka tidak menghiraukannya walau telah diberi keuntungan secara percuma. Jadi aku mengambil keputusan membubarkan syarikat ini dan membahagikan wang berjumlah lebih RM200,000 tadi mengikut peratusan saham yang diagihkan.
Setelah selesai membahagikan bahagian saham-saham kepada pemegang-pemegang saham percuma itu, aku berasa lega dan dapati keputusan aku adalah tepat. Dari sebahagian saham yang aku perolehi dalam lingkungan puluhan ribu, aku gunakan sebahagiannya sebagai modal untuk membuka syarikat daru Desaku Trading yang menghasilkan kordial dan jus minuman.
Let it go and Move Forward !
Nilai Motivasi Dari Peristiwa

  1. Membuat percaturan strategi yang baik
  2. Mencari rakan bisnes yang tulus dan sanggup bersusah payah bersama.
  3. Tidak mudah berputus asa ketika perancangan tidak seperti apa yang kita inginkan.

MOTIACTION 3.4.14
KISAH BISNES ‘ONLINE’ BIO-ASLI DAN STRATERGI PENGIKLANANNYA.


Setelah aku mendapati menjual produk BIO ASLI secara online dengan kaedah promosi dan menggunakan email berkesan, maka aku membuat keputusan untuk menambah lagi strategi pengiklanan supaya sale nya menjadi lebih besar dan diharap akan menambah pendapatan BIO ASLI.
Setelah berfikir, aku mengambil keputusan untuk menggunakan platform promosi mengggunakan surat khabar dan tv. Sekiranya logik berikut, biar belanja iklan banyak sekalipun asalkan tidak rugi. Kerana pada akhirnya nanti brand BIO ASLI akan menjadi terkenal dan dipercayai oleh masyarakat.
Contohnya, andai kata dari segi peratusan kos pengiklanan ialah 80% dan lain-lain kos itu ialah 15% dan keuntungan bersih hanya 5%. Jadi sekiranya daripada RM 100,000 sale kesan daripada pengiklanan, maknanya kos RM 80,000 duit iklan sama ada tv, surat khabar ataupun majalah. Dan lain-lain kos RM 15,000 dan keuntungan bersihnya RM 5,000, tapi sekiranya aku membeli iklan yang banyak, sebanyak RM 800,000 bersamaan 80% manakala RM 150,000 iaitu 15% untuk lain-lain kos. Tetapi untung 5% dari satu juta ialah RM 50,000.
Jadi disini aku tidak rugi, kalau kita mengeluarkan bajet sebanyak RM 80,000 sebulan menghasilkan RM 5,000 keuntungan, dan kalau kita mengeluarkan bajet RM 800,000 untuk iklan, BIO ASLI sudah untung RM 50,000 bersih, itu sudah berbaloi. Logik ini yang aku gunakan untuk cara pengiklanan BIORICH. Pada ketika itu, BIO ASLI telah mengambil iklan beberapa akhbar yang terkenal seperti HARIAN METRO, KOSMO, SINAR dan HARAKAH. Jumlah yang BIO ASLI yang dibelanjakan diantara RM 100,000 hingga ke RM 120,000.
Alhamdulillah strategi ini berjaya menjana pendapatan yang baik dan jualan produk secara online begitu laris sekali. Cukup sampai disini.

BAB 3.4.15
PERISTIWA RAMAI INDIVIDU DEMI ‘MULTI-LEVEL MARKETING’ DAN ‘DIRECT SELLING’ BERBONDONG-BONDONG MENYERTAI BIOASLI.


Pada tahun 2007, entah bagaimana setelah Bioasli mempromosikan banyak iklan di surat khabar seperti di Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian dan juga Halaqah serta di TV3, datang secara berbondong-bondong individu, ramai mereka daripada industri multilevel marketing dan juga direct selling ke bioasli untuk berjumpa dengan aku, di kilang Bioasli BNO Sungai Air Tawar.
Mereka begitu teruja dengan konsep bisnes secara online dan penghantaran pos percuma ke seluruh Malaysia yang Bioasli perkenalkan.
“Ini suatu idea yang hebat” – Mereka membalas dengan nada yang ceria
Ini kerana tiada lagi pada masa itu syarikat lain yang mempromosikan 100% boleh membeli secara online dan juga penghantaran secara pos pada tahun bermula 2005 dan menjadi viral pada tahun 2007. Atas dasar itu, ramai menyertai Bioasli ketika itu.
Usahawan-usahawan yang telah lama yang bergelar sebagai leader turut mencadangkan supaya Bioasli menawarkan sistem alah multilevel, iaitu dengan cara pembayaran secara komisen. Sejujurnya aku secara peribadi memang tak pernah masuk mana-mana syarikat direct selling dan multilevel.
Jadi setelah aku pertimbangkan, aku mempersetujui permintaan mereka kerana mereka inginkan satu platform untuk menjana pendapatan secara online internet yang pada masa itu dianggap sebagai moden. Perniagaan masa hadapan. Jadi aku bersetuju dan minta beberapa idea untuk menjalankan beberapa plan marketing daripada mereka.
Dari situlah bermulanya misi aku untuk membantu orang ramai dengan cara menyediakan platform bisnes untuk menjana pendapatan. Kerana ketika itu, Alhamdulillah Bioasli telah berjaya menjana pendapatan yang agak baik, agak lumayan dan sekarang tiba masanya untuk Bioasli membantu masyarakat untuk menjana pendapatan dengan target sekurang-kurang mendapat pendapatan RM 5,000 sebulan dan keatas.
Sabda Rasulullah S.A.W ada menyebutkan :
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia (lain).” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Dan juga di dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim ada menyarakankan supaya kita membantu mereka yang lemah untuk mencapai tahap ekonomi yang lebih baik.
Nabi s.a.w memuji kabilah Asy’ariyin kerana tolong menolong sesama kabilah dalam memastikan kebajikan antara mereka. Dalam hadis; Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya: Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya kaum al-Asyariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bermulanya misi yang lebih besar iaitu untuk memberi peluang dan seterusnya membantu orang ramai untuk menjana pendapatan di Platform bisnes Bioasli. Maka bermulalah projek menyediakan MODUL BISNES ONLINE yang boleh disertai oleh semua golongan masyarakat khususnya mereka yang berpendapatan rendah memulakan bisnes dengan Pendaftaran percuma.
CIRI-CIRI ASAS MODUL BISNES BIOASLI UNTUK ORANG RAMAI MENJANA PENDAPATAN:

  1. Daftar penyertaan secara percuma & Seumur hidup.
  2. Dibekalkan web referral percuma untuk memudahkan mempermosikan bisnes secara online.
  3. Penghantaran produk adalah secara pos percuma ke seluruh Malaysia, manakala ke lain-lain negara kadarnya akan dikira secara automatik oleh sistem di websites Bioasli. Semua pegurusan dan pembungkusan diuruskan 100% oleh pihak Bioasli.
  4. Kiraan keuntungan bisnes (komisyen) Akan dikira secara realtime dan bayaran akan dibuat setiap hari berkerja.
  5. Kursus cara membina bisnes dan pegurusan kedai online disediakan kepada mereka yang berminat menjadi usahawan.

🌐 inilah idea hebat Bioasli ketika itu walaupun berapa di luar bandar tetapi telah berjaya menggunakan teknologi internet secara maximum.
Beberapa kejayaan besar telah berjaya dicapai oleh Bioasli.

  1. Mempopularkan minyak kelapa dara pada masyarakat di Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia dan keselutuh 231 Negara di seluruh dunia.
  2. Pelapor kepada sistem key in online & penghantaran secara pos untuk Pernigaan Network Working di Malaysia.
  3. Menjadi mode dan contoh kepada IKS di luar bandar akan penggunaan sistem online internet secara maximum dalam penggurusan bisnes dan Marketing tanpa sepandan.
  4. Menyediakan Platform Bisnes online secara percuma kepada orang ramai yang tiada modal awal untuk memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan.
  5. Membantu membudayakan Minda bisnes sebagai cara untuk menjana pendapatan berbanding makan berkerja makan gaji.
    Berikut ialah beberapa pencapai & pengiktirafan yang terima oleh Bioasli:
    1.
    2.
    3.
    4.
    5.

6.
7.
8.
9.
10.
Usaha keras tanpa mengenal jemu terus dilakukan untuk membantu mereka yang menyertai Bioasli dalam matlamat untuk mereka menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan dan seterusnya sehingga mencapai tahap berjaya menjadi Usahawan jutawan.
Antara usaha-usaha Bioasli untuk membantu & mejayakan Usahawan pada ketika itu:

  1. Mengadakan program pembangunan modal INSAN melalui motivasi.
  2. Membuat channel Bioasli TV di YouTube. Bagi memudahkan Usahawan belajar secara online menonto video2 di YouTube.
    [ www.youtube.com/]
  3. Mempromosikan produk di suratkhabar, majalah dan TV3.
  4. Melantik beberapa orang artis sebagai duta produk bioasli.
  5. Menawarkan pelbagai hadiah dan tiket percutian ke luar negara.
    Selain daripada itu pihak Bioasli sentiasa berbincang dengan Usahawan-usahawan yang berpengalaman bagi menambah baik pelan tawaran komisyen kepada pengedar. Bermula dengan Pelan Komisyen A, Pelan B, Pelan C, Pelan D, Pelan E & Pelan Es. Berikut ialah perincian :
  6. Pelan A : Julan Produk

[www.bioasli/ ]

.
2 Pelan B : Jualan mengisi set Produk.

[www.bioasli/ ]

. Pelan C : Shop Online internet ( Kedai online – web shopping mall).

[www.bioasli/ ]

.

  1. Pelan D : International infinity.

[www.bioasli/ .co.uk ]

. Pelan E : Sistem Top-up untuk DIGI, CELCOM, MAXCIS. Pelan Es (Student) : Sistem Top-Up
DIGI, CELCOM, MAXIS.
🌐 Ada kemudahkan onestop center secara online boleh membayar bil2 seperti Api, Air, Astro dan lain2 dengan menggunakan e-Wallet di Bioasli.
📱Boleh menyemak belian, komisyen & lain2 dengan menggunakan sistem auto SMS.
🍶Bioasli juga menyediakan hampir 30 jenis produk herba & kesihatan untuk dipasarkan oleh para Usahawan bagi membantu mereka menjana pendapatan.
📂 Banyak lagi kemudahan & program yang telah dilaksanakan & sedang ditawarkan. Keterangan lanjut sila layari www.bioasli.com

BAB 3.4.16
IDEA DAN MATLAMAT UNTUK MENJAYAKAN ORANG RAMAI (USAHAWAN) MENJANA PENDAPATAN RM500,000 SEBULAN.


Melalui Bioasli aku tetap tidak berputus asa dan sedaya upaya berusaha untuk menjayakan supaya para usahawan mendapat pendapatan minimum RM5000 sebulan dan seterusnya boleh berkembang maju sehingga tahap menjadi usahawan jutawan. Sehingga kini, usaha ini masih belum ada hasil yang memberangsangkan atas beberapa faktor berikut.
Pertama ramai yang menjadi usahawan di bioasli ini, minda mereka sebenarnya minda makan gaji dan juga minda orang awam, sedangkan untuk menjadi usahawan yang Berjaya, minda dan hati mereka mestilah sama seperti minda dan hati seperti seorang usahawan yang telah Berjaya, dimana kita mengetahui minda dan hati seorang usahawan yang telah berjaya ini sangat kental, sangat gigih, dalam kata lain, usahawan yang telah berjaya ini mempunyai minda dan hati, never give up, never surrender, never stop sehingga berjaya mencapai impian.
Kedua, salah faham pengertian usahawan versus peniaga dan penjaja, mereka tidak memahami erti usahawan yang sebenarnya dari segi falsafah, di mana maksud usahawan itu ialah “usaha plus wang” iaitu seseorang yang mengekploitasi segala sumber di sekelilingnya secara positif dengan mengikut syarak agama islam untuk dijadikan wang ataupun keuntungan, tetapi disebaliknya ramai mereka yang mengelar diri mereka usahawan di Bioasli sebenarnya melakukan bisnes ini bukan seperti seorang usahawan tulen, tetapi seperti penjaja ataupun penjual, yang sepatutnya mereka mestilah berperanan membina jaringan bisnes bersistem yang menghasilkan jualan yang banyak dan seterusnya berjaya menghasilkan pendapatan yang dipanggil komisyen dengan lumayan.
Ketiga, kelemahan jati diri dan prinsip keusahawanan, dimana kebanyakannya mereka ini tidak mempunyai ada daya tahan dan kekentalan, yang sepatutnya mestilah menepati 5S ini, antaranya ialah mesti “serius mencapai impian”, mesti “sungguh-sungguh mencapai impian”, mesti “sanggup menempuh susah, senang, jatuh bangun di dalam bisnes”, “sistematik dalam melakukan bisnes mengikut formulanya” dan yang terakhir ialah sehingga “sukses mencapai impian itu”, tidak pernah terfikir untuk berhenti berjuang di dalam matlamat untuk mencapai impian menjadi usahawan ke tahap jutawan.
Keempat, sikap dan attitude yang negatif di mana ramai usahawan ini apabila mereka gagal mentransformasikan minda dan hati seperti usahawan berjaya maka minda mereka minda orang awam yang banyak negative, suka merungut, suka mengeluh, menyalahkan pihak lain, sangat defensive, tidak muhasabah diri dan menyalahkan diri

sendiri serta tidak ada kemahuan yang tinggi untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan diri.
Kelima, sikap sebahagian besar mereka yang suka kepada bisnes money game, ketika mereka sedang berusaha untuk Berjaya di Bioasli dan apabila ada rakan mereka mempelawa untuk menyertai program investment, program money game, duduk diam dapat duit setiap bulan, maka mereka beralih arah daripada Bioasli pergi ke skim-skim penipuan ini dan pada akhirnya mereka semua tertipu dan mengalami kerugian. Dalam pada masa yang sama, integriti diri, kepercayaan rakan dan masyarakat kepada usahawan itu telah hilang dan akhirnya apabila integriti telah pudar, maka rakan-rakan serta masyarakat akan blacklist individu tersebut, apa sahaja bisnes yang dibawa tidak akan dipercayai dan rakan-rakan tidak akan mengikuti.
Keenam, mentaliti usahawan fatamorgana, dimana sebahagian besar daripada usahawan-usahawan ini sebenarnya hanya sanggup untuk berangan untuk mengimpikan sesuatu impian tetapi tidak sanggup untuk berjuang bersungguh-sungguh ke tahap membujur lalu melintang patah dan tidak ada apa-apa yang dapat menghalang untuk menjadi usahawan jutawan melainkan ajal, kebanyakan mereka tidak sampai ketahap ini, inilah diantara faktor-faktor yang akhirnya menggagalkan ramai individu untuk mencapai usahawan jutawan yang mereka impikan.